Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 17, 2008

Janda Muda


Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu.

Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya.

Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

"Mahukah saudara ditemani?" soal janda tersebut dengan nada yang manja.
"Kalau ada yang sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
"Baguslah," kata janda itu pula.
"Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara…"

sebutir kata:
Tanam pinang rapat rapat,
Biar senang puyuh berlari,
Ujung tahun bonus tak dapat,
Tinggai air liur dengan gusi.. kah.. kah.. kah..

Betoi ka pantun aku nie.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails