Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 14, 2008

Kebun sayur atas bumbung


Kitazawa menanam sayur salad di salah satu daripada enam buah ‘ladang’, yang kelihatan seperti makmal-makmal angkasa.

TOMOHIRO KITAZAWA bukanlah petani biasa. Beliau tidak bekerja di bawah cahaya matahari terik mahupun di sebuah kawasan ladang, sebaliknya beliau perlu melaporkan diri di tengah-tengah kesibukan bandar raya Tokyo untuk mencari nafkah.

Sungguhpun bandar raya ibu negara Jepun itu bergelut dengan pelbagai masalah daripada keselamatan makanan ke isu pemanasan global sehinggalah pengangguran, semakin ramai penduduk di kota metropolis itu memilih untuk menjadi petani bandar dengan bercucuk-tanam di atas bangunan-bangunan tinggi atau di sudut tertentu di bawah tanah.

sebutir kata:
Banyak sebenarnya yang boleh kita pelajari dari dasar pandang ke timur yang dijalankan dulu masa zaman Tun M, tak semestinya berkebun sayur diatas bumbung jadi pilihan, tapi pertanian terbukti salah satu cara menyelamatkan ummah dimasa ekonomi merudum.. makanan murah lebih perlu dari kereta murah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails