Sahabat adalah perisai diri

Sunday, November 30, 2008

Kerusi Parlimen K Terengganu milik PAS


PKR sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terenggganu. Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pimpinan tertinggi PKR dalam mesyuaratnya semalam menetapkan sedia memberi peluang kepada rakannya dalam pakatan pembangkang itu.

"Malam kelmarin, PKR adakan mesyuarat khas. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mengambil ketetapan kerusi (Parlimen ) ini (Kuala Terengganu) secara tradisinya milik teman kita, PAS, " katanya di Kongres Nasional Tahunan PKR di sini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong kerana penyandangnya sebelum ini iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.

sebutir kata:
Kematian Datuk Razali Ismail adalah ketentuan Allah jua.. Alfatihah..

Ini menandakan pilihanraya kecil bakal diistiharkan bila2 masa saja di Parlimen KT nie.. ada suara2 meminta Datuk Wan Mutallib Embong dipilih sebagai calon PAS nanti dan ada juga yang masih rindukan suara Bang Mad Sabu diParlimen.. walau siapapun.. pertarungan pasti sengit dan peluang PR menambah satu lagi kerusi Parlimen adalah cerah.. peluang org kampong buat duit pun cerah.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails