Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, November 11, 2008

Menziarahi Roffie sekeluarga

Semenjak kebelakangan nie aku sibuk sikit sampai nak update blog pun tertangguh tangguh..

Kami sekeluarga sebagai mewakili rakan2 sekerja menziarahi sahabat kita Sdr Roffie yang dirundung kesedihan akibat kehilangan permata hati tersayang pada Sabtu 08hb Nov 2008 yang lalu. Sekadar berkongsi rasa, memberi sokongan moral disamping menyampaikan hajat rakan2 yang bersimpati.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar sebagaimana diharapkan.

Kemalangan yang tak diundang, segalanya ketentuan Ilahi dimana Sdr Roffie telah kehilangan cahaya mata setelah dijumpai terapung dipercayai mati lemas di tali air dibelakang rumahnya di Kg Ptg Ringan, Kota Kuala Muda pada Khamis lepas 06hb Nov 2008.


Perjalanan mengambil masa kira2 sejam setengah dipenuhi pemandangan menghijau sepanjang perjalanan.. buat anak2 haa ni la kalau nak kenai pokok beras.. heh.. heh..


Dah sampai simpang ke Kuala Muda.. tak jauh dah nak sampai nie..


Alhamdulillah.. sampai dirumahnya, kami disambut mesra. Handai taulan telah banyak yang datang sempena sedikit kenduri arwah yang akan diadakan pada sebelah malamnya.

Ketabahannya menghadapi dugaan Allah amat aku sanjungi.. kekuatan kita sebagai ketua kepada keluarga akan banyak membantu yang lainnya supaya tabah.

Penceritaan pengalamannya nampak bersahaja, Allah jua yang tahu apa yang tersedik dihati, berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. dik ketabahannya, tak banyak kata2 rangsangan yang perlu diberi, syukur dan pasrah, redha diatas qadha dan qadhar Allah.


Peristiwa pilu kehilangan anaknya Mohamad Haziq Haikal, 1 tahun lebih telah dikongsi meluas dengan penyiaran berita oleh sebuah akhbar tempatan keesokan harinya.


Tali air atau ban dimana arwah ditemui.. insyallah rohnya pasti diangkat tinggi..

Selesai sudah hajat rakan2 kusampaikan, salam sahabat semua disambut syahdu..

Kalau tak salah, rumah dia lebihkurang 8 KM je ke Pantai Merdeka.. hmmm dah lama aku tak jejakkan kaki ke sana.. anak bini renyeh minta simpati..



sebutir kata:
" Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. "[Luqman 31:33]

1 comment:

Related Posts with Thumbnails