Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 13, 2008

P Pinang: Tiada tiket kelas pertama dan hotel mewah


BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah yang drastik dalam mesyuarat exco semalam, apabila bertindak menarik balik segala kemudahan yang dinikmati pegawai-pegawai tinggi sebagai salah satu langkah berjimat cermat.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin berkata, semua pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hanya akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi atau tambang murah dalam melakukan segala urusan kerajaan.
Katanya, tiada penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan dibenarkan, tiada penginapan di hotel empat atau lima bintang dan segala majlis tidak akan dianjurkan di hotel mewah. Dengan penarikan balik segala kemudahan ini katanya, Ketua Menteri, anggota exco dan pegawai tinggi negeri hanya akan menggunakan penerbangan ekonomi dan menginap di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang.

sebutir kata:
Sebelum arahan dikeluarkan Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri. Langkah yang diambil beliau kini, diperluaskan kepada semua anggota exco dan pegawai tinggi kerajaan negeri, sebagai salah satu usaha mengelakkan pembaziran wang rakyat.. nampak gayanya berputih mata la BN camni.. jangan harap la korang nak dapat balik Penang kalau kesederhanaan kerajaan PR ni berterusan dan berjaya menawan hati majoriti rakyat Melayu lepaih nie..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails