Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, November 18, 2008

Panduan membeli belah


Khas untuk insan insan yang hobi masa lapang dia shopping:
  1. Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang selain dari yang disenaraikan.
  2. Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang disenaraikan.
  3. Jangan membawa wang yang jauh berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
  4. Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan berincit-incit bagi mengelakkan kita ke kedai selalu.
  5. Keperluan hendaklah dibeli secukupnya. Pembeli berlebihan adalah membazir.
  6. Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
  7. Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar dari senarai.
  8. Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
  9. Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
  10. Amalkan pembelian terancang.
  11. Utamakan keperluan daripada kemahuan.
sebutir kata:
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pengawal untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. (Saidina Ali Abi Talib)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails