Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 21, 2008

Rafidah sahut cabaran pertahan jawatan


PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac depan.

Kenyataan tersebut di buat selepas 24 jam , Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding mencabar ketuanya itu.

Dengan perkembangan terbaru ini, pelan peralihan kuasa melibatkan kedua-dua pemimpin tersebut juga musnah. Tan Sri Rafidah Aziz hari ini kecewa kerana pelan peralihan kuasa Wanita Umno diketepikan selepas tiga bulan ia diumumkan, dan naibnya sendiri sanggup mencabarnya walaupun berjanji enggan berbuat demikian.

Tambahnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bersetia ingin mendukung pelan itu sendiri sanggup mengubah pendirian apabila mendapat cukup pencalonan untuk jawatan teratas pergerakan itu.

sebutir kata:
Sambil salam berpaling muka..
Rupanya hati dalam lain cerita..
Kusangka cempedak tak jadi nangka..
Ular lidi kini nak telan naga..

kah.. kah.. kah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails