Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 7, 2008

Raja Petra terkejut dibebaskan dari ISA


SHAH ALAM: Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan beliau secara rasmi daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Tidak ramai yang mencabar Seksyen 8 berjaya, jadi saya tidak terlalu berharap."Ia seperti 50-50," katanya.

Raja Petra dibebaskan secara rasmi oleh Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.20 petang tadi. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

"Ia mungkin disebabkan ISA bukan undang-undang yang sah untuk digunakan bagi penentang politik. "Saya rasa keputusan mahkamah hari ini telah menjelaskannya. Mesejnya adalah ia (ISA) tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. "Saya bukan pengganas...saya bukan orang yang berbahaya.. saya hanya seorang penulis," kata Raja Petra yang kelihatan begitu gembira dengan pembebasannya.

Terdahulu, Raja Petra tiba di mahkamah dengan sebuah van polis dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping kira-kira pukul 3.05 petang dengan memakai kemeja-T berwarna coklat dan seluar jeans biru.

sebutir kata:
Akta ISA adalah akta kejam yang berlagak seolah2 berhak untuk menahan seseorang tanpa bicara.. bukan sahaja Raja Petra malah sesiapa jugak dimuka bumi ini tidak boleh malahan tidak layak sewenang wenangnya ditahan dibawah ISA..

Akta kejam yang sekian lama banyak jasanya dalam memisahkan suami dari isteri, anak2 dari bapa, rakan karib dari sahabat.. hilang akal la orang yang sokong akta nie.. sekian banyak bijak pandai dinegara kita.. kenapa tak dakwa saja suspek dimahkamah biar hujah dilawan hujah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails