Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 3, 2008

Rakyat Selangor dapat durian runtuh


Biar papa asal bergaya.. rumah sampai camnie pun dok undi dacing senget lagi.. heh.. heh..

Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat akan menunaikan janji manifesto pilihanraya Umum lalu dengan melancarkan 3 insentif terbaru kepada rakyatnya.

Insentif itu ialah :-
  1. Perlindungan insurans kepada setiap anak kelahiran negeri itu sehingga berusia 18 tahun di samping memastikan mereka mendapat RM1,500 pada usia tersebut untuk membiayai pendidikan mereka.
  2. Tabung Warisan Anak Selangor atau Tawas menghadiahkan RM100 kepada anak yang baru lahir di negeri itu.
  3. Skim hadiah anak masuk universiti bernilai RM1,000 khususnya kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Insentif terbaru ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

sebutir kata: Bagaimana pula dengan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN apa yang rakyatnya dapat walaupun telah 50 tahun diperintah oleh BN.???

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails