Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 21, 2008

Razak Baginda nafi Najib terbabit


KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, semalam menegaskan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak ada kaitan langsung dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

"Najib dan Rosmah tidak mengenali si mati, apatah lagi menemui si mati. Itu keterangan saya berikan kepada polis dan itulah yang saya katakan dalam sidang media ini," katanya dalam sidang media pertamanya sejak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Oktober lalu terhadap tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan itu.

Abdul Razak yang merengkuk dalam penjara selama 22 bulan, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tanpa dipanggil membela diri dan pihak pendakwaan juga tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.. sumber BH

sebutir kata:
Macamana dia tau berkenaan keterlibatan ataupun tidak nie.. perlukah Razak buat press statement camni.. apa benar statement Razak dapat membersihkan lagi Najib sebelum naik jadi PM.. apahal kalau ada rakyat merasa macam tak kena ngan sentimen semasa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails