Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 7, 2008

Resepi: Apam gula merah


Bahan-bahan:
3 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
*Ketiga-tiga bahan di atas hendaklah dimasak, ditapis dan dibiar sejuk.

500gm tepung gandum
1 pkt (11gm) Yis Mauripan, dibancuh dengan 1 cawan air dan sedikit gula pasir

Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk besar ( Bila dia naik taklah melimpah2 nanti !!!) dan tuangkan bancuhan yis dan bancuhan gula. Gaul rata, seelok-eloknya menggunakan tangan.
  3. Tutup bekas selama 1 jam. Dibiar adunan naik 3 kali ganda.
  4. Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan bancuhan tepung ke dlm loyang dan kukus selama 40minit.
  6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
  7. Sedap dimakan dengan kelapa parut muda yg digaul dgn sedikit garam.
sebutir kata:
Sedap tak patut.. teringat aku masa aku kecik2 dolu.. tok aku buatkan sebagai bekal pi bendang di Jalan Baru.. isk.. isk.. teringat lak kat dia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails