Sahabat adalah perisai diri

Sunday, November 9, 2008

Resepi: Ayam Tumis


Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong
2 camca besar pes cili
4 camca besar kicap manis
2 camca besar sos tomato
3 camca besar minyak
250 - 300 mililiter air
2 biji tomato dibelah 6
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara-caranya
  1. Campurkan bahan kisar dengan cili, kicap, sos tomato, garam dan gula.
  2. Gaulkan dengan ayam sehingga rata
  3. Tutup dan perapkan selama 2 jam
  4. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan semua bahan perap tadi
  5. Kacau atas api sederhana sehingga air ayam kering
  6. Masukkan air kemudian tutup kuali, renihkan diatas api perlahan.
  7. Bila ayam masak dan kuah pekat, masukkan tomato dan angkat.
sebutir kata:
Pastikan ayam yang digunakan sudah disembelih dan kalau ayam kampung yang dahpun akil baligh. Untuk sembelih panggil saja tok imam masjid. Kalau tok imam sibuk AJK masjid pun boleh syaratnya jangan ajak Ah Chong sudah.. heh.. heh.. try la.. fuyoo.. sedap tak patut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails