Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 6, 2008

Resepi: Kek Cincin Badam Coklat


Bahan-bahan:
230gm mentega
300gm gula castor
3 biji telur gred A
2 camca teh esen vanilla
1/2 cwn badam cincang
2 sudu besar serbuk koko
250ml air mendidih
235gm kek atau tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3/4 camca teh garam halus

Cara-cara:
  1. Putar mentega bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan badam cincang, esen vanilla. Putar hingga sebati.
  3. Masak air hingga mendidih dan bancuh serbuk koko di dalamnya hingga larut. Biarkan sebentar. Tuang ke dalam adunan mentega.
  4. Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, putar hingga sebati.
  5. Lengser acuan bentuk cincin dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Tuang adunan dan ratakan.
  6. Bakar pada suhu 170 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.

sebutir kata:
Sempena kemenangan DS Najib unopposed sebagai Presiden AMNO dan hampirnya perletakan jawatan Pak Lah sebagai PM.. maka setelah kita siapkan kek diatas bawalah mai ke ofis untuk celebration.. ok..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails