Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, November 5, 2008

Resepi: Kek Marble Mocha



Bahan-bahan :

Bahan A
250 gm butter atau boleh guna marjerin
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

Bahan B (Ayak bersama)
240 gm tepung gandum atau guna saja tepung kek Nona
1 sudu teh baking powder

1 camca teh mocha paste
1 camca teh nescafe

Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula hingga betul-betul kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
  4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
  6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
  7. Alas loyang dengan grease proof paper dan sapu sedikit marjerin di sekeliling dinding dalam loyang.
  8. Sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis.
  9. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 175 darj cel.

sebutir kata:
Seperti juga belanjawan kewangan tambahan yang diumumkan oleh DS Najib kelmarin di Parlimen maka macam tu lah jugak pengerasnya.. Anda boleh pilih samaada nak contribute 11% ataupun 8% dari total kek yang korang buat tu ok.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails