Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 10, 2008

Resepi: Roti Telur


Bahan-bahan:
3 cawan tepung
1 cawan air sejuk
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil garam (paras rata)
1 biji telur
1 sudu besar majerin
sedikit majerin untuk sapuan (bukan Safwan)

Cara membuat:
Campurkan air, susu, garam, majerin dan telur
Masukkan ke dalam tepung kemudian uli selama 25 min atau sehingga licin
Buat bulat2 (100g setiap satu) sehingga habis kemudian sapu keliling dgn majerin supaya tidak melekat antara satu sama lain
Simpan dlm bekas tertutup di dlm peti ais sekurang2nya 8 jam
Tebar dan goreng dgn sket minyak/majerin

Untuk buat inti telur :

Bahan hiris :

Cili merah
Cili hijau
Bawang kecil
Telur
Garam

Cara-caranya:
Pukul kesemua telur yang ayam punya tadi dan gorenglah separuh masak sambil hancur2kan telur tu macam kita buat omellete.

Nota : Telur digoreng separuh masak supaya roti canai tak basah sangat ketika ditaburkan telur.

sebutir kata:
Sesuai sekali untuk sarapan pagi, dibawa ke ofis letak saja ataih meja aku.. heh.. heh.. tak pernah aku marah haih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails