Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 3, 2008

Resepi: Spaghetti sempoi


Bahan-bahan

  • 1/2 bungkus spaghetti
  • sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
  • 1 bungkus ayam/daging kisar
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan sos cili
  • cendawan butang (kuantiti ikut suka)
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • sedikit aji (kalau nak)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-cara

  1. Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut
  2. Kuah - Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili Masakan selama 10 minit
  3. Kemudian masukkan ayam/daging kisar Tambah sedikit air (1/4 cawan)
  4. Masukkan garam dan aji secukup rasa Masukkan pula cendawan butang Masak sehingga naik minyak kira-kira 20 minit.
sebutir kata:
Sekali sekala cuba pulak western food nie.. spaghetti jangan lupa cari yang bertanda halal.. ok..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails