Sahabat adalah perisai diri

Sunday, November 2, 2008

Resepi: Talam Custard Jagung


Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

  • Lapisan Bawah :-
  • 500 g pulut - rendam 1/2 jam dan toskan
  • 400 ml santan cair
  • 100 g kelapa parut putih
  • 2 sk garam dan 1 helai daun pandan dikerat2
  • Lapisan Custard :-
  • 170 g tepung custard
  • 230 g gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 200 g jagung cream
  • 950 ml santan pekat
  • 2 sb mentega/majerin

Cara-cara

  1. Gaul kesemua bahan2 lapisan pulut dan kukus hingga masak.Keluarkan daun pandan.Sementara itu masak bahagian custard.
  2. Tepung custard dibancuh dengan sedikit santan yg ada.Masak lebihan santan,gula dan garam hingga gula larut dan masukkan bancuhan tepung custard tadi dan masak hingga pekat sambil dikacau sentiasa .Masukkan jagung cream kacau rata dan masukkan pula mentega dan kacau hingga adunan berkilat.Matikan api.
  3. Pulut yg telah masak di masukkan ke dalam loyang yg disediakan dan disapu minyak sekelilingnya.Tekan rata2 dan padat dan tuangkan bahan custard jagung yg telah masak tadi.Ratakan hingga menutupi lapisan pulut dan sejukkan.
  4. Biarkan kuih benar2 sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan.
  5. **Bahagian lapisan custard yg tlh dituang atas lapisan pulut tak perlu dikukus lagi.
sebutir kata:
Fuyoo.. kalau makan time hujan renyai2 nie.. mak mentua lalu belakang pun tak nampak ooo..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails