Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 21, 2008

Shah Rukh Khan tak dapat datang


MELAKA - Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan tidak dapat datang ke Malaysia untuk menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka pada 29 November ini disebabkan jadualnya yang sibuk. Difahamkan, pegawai-pegawai negeri yang menguruskan kedatangan bintang itu sedang berusaha untuk mengatur tarikh baru bagi membolehkannya hadir. Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam berkata, beliau ada mendengar tentang hal itu namun enggan mengulas mengenainya. "Apa yang saya faham, ia ditunda. Sebarang maklumat lanjut, kamu boleh hubungi Setiausaha Negeri," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis eksekutif negeri, di sini, semalam.

sebutir kata:
Anugerah Datuk dari Melaka..
Datuk Seri Ali kata ditunda..
Aktor Bollywood entah ka tak suka..
Atau tak paham Datuk tu apa benda..

Mantan PM sebagai peminat..
Sokong Melaka bagi anugerah..
Shah Rukh Khan mungkin ingat..
Geli geleman Datuk dah banyak Rasuah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails