Sahabat adalah perisai diri

Saturday, November 29, 2008

Siapa 'Raja Manchester'


LONDON: Bintang Manchester United, Wayne Rooney sudah 'meningkatkan saham pertarungan' bagi pertembungan pasukan tetangga menentang Manchester City, esok sambil menolak tanggapan kelab lawan yang kaya itu mampu menyisihkan juara bertahan itu daripada kedudukan mereka tidak lama lagi.

Pertembungan itu bakal mengundang tarikan apatah lagi penyerang City dari Brazil, Robinho dijangka akan pulang daripada kecederaan untuk hadir di gelanggang bagi perlawanan pasukan tetangga pertama menentang United.

sebutir kata:
Pertembungan pasti menarik, esok menjadi yang pertama sejak City dibantu untuk menyertai kelab terkaya selepas diambil alih jutawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan. Adakah wang bakal mengatasi kesungguhan MU nanti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails