Sahabat adalah perisai diri

Monday, December 29, 2008

2/3 kaum Adam obes


Satu kajian baru yang melibatkan lebih 14,000 peserta dari 10 negeri di Amerika mendapati, pengambilan makanan berdaging adalah lebih tinggi di kalangan lelaki. Kaji selidik turut mendedahkan wanita mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka.

Piza beku, burger beku dan makanan-makanan Mexico adalah antara makanan pilihan kaum lelaki. Pun begitu, mereka masih cenderung mengambil sayuran seperti asparagus, brussel, kacang pea, kacang tanah dan pucuk-pucuk sayur. Selain itu, lelaki juga lebih gemar mengambil makanan stik yang tidak masak sepenuhnya, burger dan makanan bertelur. Makanan-makanan ini biasanya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi dan berpotensi membuatkan anda jatuh sakit.

Wanita sebaliknya lebih kerap mengambil tunas-tunas alfalfa mentah yang pernah dikaitkan dengan keracunan makanan kira-kira 15 tahun lalu. Memang jelas mereka mempunyai tahap keutamaan dan keadaan berbeza yang mempengaruhi tabiat pemakanan dan nutrisi mereka.

Pakar diet bertauliah, Dr. Chris Mohr berkata: "Saban kali dalam sesuatu masyarakat, kita sering terlebih makan tetapi masih tidak memperoleh nutrisi mencukupi."

"Pengambilan nutrien yang betul sememangnya boleh memberi kesan kepada perasaan, tahap tenaga dan mengurangkan risiko mendapat penyakit sepanjang hidup anda. Berikan perhatian kepada sayuran dan buah-buahan termasuk makanan tinggi serat dan lemak omega-3 adalah penting untuk mengoptimumkan kesihatan dan kecergasan anda."

Sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk badan. Vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang mampu membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser, penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jadi, mengapa lelaki memerlukan hidangan sayuran dan buah-buahan yang lebih banyak berbanding golongan Hawa?
  • Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Malah, lelaki juga mencatatkan kadar kematian lebih tinggi untuk sesetengah jenis penyakit berbanding wanita.
  • Lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung mendapat kanser paru-paru, satu kali ganda memperoleh penyakit jantung dan kanser kolorektal.
Oleh itu, biarpun sebab utama lelaki lebih cenderung memakan asparagus berbanding wanita belum dapat dijelaskan, sekurang-kurangnya kajian ini membawa satu mesej penting. Lelaki mungkin perlu mengubah gaya pemakanan mereka mulai hari ini.

sebutir kata:
Bukan nak takut kan kaum Adam.. buat apa nak takut.. in fact the above study done in US bukannya Malaysia.. jadi kaum Adam diMalaysia boleh lah teruskan tabiat buruk lantak korang tu.. heh.. heh.. Islam ajar bersederhana.. tapi aku gerenti kita di Malaysia terkecuali..

Errr.. mak aku kata.. tak dak orang Malaysia mati kurang makan.. belambak mati pasai terlebih makan.. korang pikiaq la sendiri ok..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails