Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 19, 2008

Abby abadi pakai tudung


KUALA LUMPUR: 19hb Dis 2008 “Saya menempuh hari ini (semalam) bagai menjalani hukuman mati. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan sudah tertulis dalam qada serta qadar-Nya.

“Sekiranya perceraian yang terbaik buat kami, saya kena melepaskannya dengan cara baik,” kata Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32. Sebelum itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu melafazkan talak terhadap isterinya, Abby Abadi, 31, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.

Mahkamah terpaksa menangguhkan prosiding hampir 45 minit bagi membolehkan Norman bersedia melafazkan cerai terhadap Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31. Ini berikutan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammed mahu Norman melafaz dalam keadaan tenang dan berniat dalam hati.

sebutir kata:
Perkara Halal yang tak digalakkan dalam Islam sekali lagi telah berlaku dan tentunya akan berulang lagi dan lagi.. sekiranya Islam tak diletakkan ditempat yang sepatutnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails