Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, December 16, 2008

Ayam Goreng berempah tak kunjung tiba


Resepi kita hari ini ialah AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA

Bahan-bahan:
-sudah tentu la ayam
-minyak masak, kalau boleh yang belum dimasak..
-kicap jalen (hah yang nie memang kena ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sebab beratus-ratus
-yang lain lagi korang tanya lah kat mak anda..

Ok cara-caranya pulak:
Pastikan ayam yang digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh. Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda. Kalau tok imam sibuk AJK masjid pun boleh juga dan jangan Ah Chong dah ler..

Tuang minyak masak ke dalam kuali. Tunggu sehingga minyak betul2 panas. Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas. Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan. Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yang betul untuk mengelakkan orang di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda krem.

Memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja. Ambil jari anda, kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda. Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit.. adoi!!, maka minyak sudah betul-betul panas.

Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi. Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut, memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.

Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan. Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak. Macam orang kahwin nanti jadinya.

Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain. Inilah yang dikatakan family planning.

Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda. Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.

Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bila-bila.. heh.. heh..

sebutir kata:
Tak sebagaimana kebiasaannya.. hasil resepi korang nie tak yah antaq kat aku la yer.. aku dah mangli dah.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails