Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, December 24, 2008

Datuk Zahar Hashim sertai PAS


Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (foto, kanan) di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini. Turut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS. Zahar juga menyumbangkan pejabat Umno bahagian - dipercayai milik beliau sendiri - kepada PAS kawasan tersebut.

Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan itu berkata, beliau tidak mengkhianati Umno, tetapi sebaliknya Umno yang mengkhianatinya.

“Orang Melayu hanya mendapat projek yang kecil sahaja kerana projek besar diberi kepada kroni yang boleh memberi wang semula kepadanya,” katanya.

sebutir kata:
Dipercayai dengan penyertaan beramai ramai Datuk Zahar bersama pengikut2nya maka UMNO Petaling Jaya Selatan telah tutup kedai.. Datuk Zahar juga pastinya akan berkempen membantu calon PAS di PRK di K Terengganu nanti.. panas pungkok la UMNO.. heh.. heh..

1 comment:

  1. DAH POKET TAK MASHUK..AGAK EEE..PASAL PEMBELIAN HELI..TU APALAGI HOTLAH..BLAH TEMPAT LAIN TUNJUK PROTES!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails