Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, December 9, 2008

Jiwa kacau


Kisah Org Jiwa Kacau..

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony.

Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam  kolam, apa lagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang  setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib  baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si  Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.

Keesokan harinya Si Hanif  telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau berkata," Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak.

Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah  dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan  Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras.

Namun saya juga  ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi  saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering"

sebutir kata:
Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerakerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Credit to Farez for the above short joke..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails