Sahabat adalah perisai diri

Sunday, December 21, 2008

K Terengganu: BN mendahului


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang ini. Najib juga merupakan pengarah pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

Sementara PAS akan hanya mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Pada mulanya, PAS dijangka mengumumkan nama calonnya hari ini, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan semalam pemilihan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pada masa ini, parti itu telah menentukan calonnya itu, yang merupakan seorang profesional dan berjiwa rakyat, lapor Bernama.

"Kita sudah ada calon...dalam poket saya, Insya-Allah...tunggu 1 Januari depan (kita umumkan)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu hari ini.

sebutir kata:
BN telah mendahului di Kuala Terengganu dari segi moralnya.. nampak lebih bersedia walau semua tahu BN sebenarnya ketandusan calon yang berwibawa selain Wan Ahmad Farid.. itu semua orang dah tau.. PAS nampaknya ada kelebihan dari segi calon yang berpotensi untuk raih kejayaan.. kelewatan dalam pengumuman mungkin disebabkan banyak star kot.. tak tau nak letak sapa.. semua boleh skor goal.. jangan terover confident sudah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails