Sahabat adalah perisai diri

Thursday, December 25, 2008

Ketua kerajaan perlu dihormati - Abdullah

TEHRAN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti apa yang berlaku dalam insiden membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush di Baghdad, Iraq, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain."Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.

sebutir kata:
Aiikk.. dengar macam Pak Lah perli seseorang ni.. heh.. heh.. terasa kena baling ker.. saja aje suka tengok yang tersirat dari tersurat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails