Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, December 24, 2008

Mahfuz menang RM120,000 saman Utusan


23hb Dec 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya memutuskan perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan" pada 4 Mac, 2001, adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz.

sebutir kata:
Kebenaran jua akhirnya.. tapi kemusnahan hasil dari laporan pertama belum tentu dapat ditebus sepenuhnya dengan keputusan ini.. tapi yang pasti.. heh.. heh.. Bang Mahfuz kita tak pasai2 jadi kaya sat..

Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails