Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 19, 2008

MB Selangor kecewa sikap JKR

Semalam, kerajaan Selangor mempersoalkan keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang enggan memberikan laporan geoteknikal dan siasatan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) berhubung status keselamatan Bukit Antarabangsa ekoran tragedi tanah runtuh dua minggu lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tindakan agensi tersebut bercanggah dengan apa yang dijanjikan JKR kepada kerajaan negeri ketika sesi dialog bersama dua kumpulan wakil penduduk Ahad lalu.

Kerajaan PR yang dipilih secara sah dinafikan hak selaku kerajaan yang memerintah negeri tersebut dan juga kerajaan yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam negeri mereka.

Tindakan JKR ini merupakan satu tindakan yang jelas tidak bertamadun dan menghina bukan sahaja kerajaan negeri malah rakyat negeri Selangor juga dihina.

Malangnya jika sesuatu yang buruk berlaku kerajaan pusat dan agensi kerajaan menuding jari menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak proaktif kononnya. Sebagai contoh bekas Menteri Besar, Khir Toyo mendakwa kerajaan negeri tidak melakukan pemantauan kepada semua projek tanah tinggi tidak sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaannya sebelum ini.. sumber..

sebutir kata:
Depa tak berani nak serahkan laporan kat kerajaan PR, walaupun nampak tak sopan dan tak tau adab, hampa nak kata tak tamadun pun katalah..

PR akan memastikan setiap salahlaku akan diteliti dan dikaji tanpa memilih bulu.. takut terjumpa bulu Khir Toyo kot.. dia kena semua orang kuat dalam IKRAM akan kena.. orang kuat dalam majlis tempatan yang lepas2 pun akan kena gak..

Inilah bahananya dasar dimana puak pemodal lebih berkuasa kerana ada RM dan akan memastikan keuntungan berpihak kepada mereka tanpa mengambil kira keselamatan awam.. projek kena jalan juga walaupun terpaksa rasuah berjuta RM.. pembantu puak pemodal ni ada berlambak dalam ajensi2 kerajaan dan disokong kuat pulak oleh gerombolan dalam kerajaan yang korup..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails