Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 19, 2008

Pinggan pakai buang ubi kayu


Pinggan pakai buang ini berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari.

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.

Pinggan pakai buang dari ubi kayu ini dihasilkan oleh sebuah syarikat tempatan dan produk ini sekarang aktif dalam edaran:

INFO: Pinggan ubi kayu
  1. Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu
  2. Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.
  3. Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.
  4. Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.
  5. Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.
  6. Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.
  7. Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.
  8. Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.
  9. Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.
  10. Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.
sebutir kata:
Tahniah kerana kreatif dalam mengeluarkan produk baru dan dari segi info yang ada nampak efektif sekali.. errr.. cumanya Malaysia kita nie meriah ngan harga barang naik.. kerepek ubi kayu lepas nie akan naik harga gak ka.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails