Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 19, 2008

Polemik Sime Darby ambil alih IJN

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu jaminan daripada Sime Darby Bhd, yang berminat membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd, supaya meneruskan khidmat pusat perubatan jantung terkenal itu kepada golongan berpendapatan rendah.

Pak Lah kata:
"Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, maka mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat. Sime Darby dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memperoleh pegangan dalam syarikat yang mengendalikan Institut Jantung Negara itu yang kini merupakan pusat perubatan jantung utama di rantau ini.

Ha ni Najib kata:
Kerajaan tidak menghalang hasrat Sime Darby Bhd untuk menguasai pegangan dalam IJN tetapi konglomerat itu perlu memberi jaminan akan mengutamakan golongan miskin."Kita kini dalam proses memuktamadkan perkara ini bersama sama Kementerian Kesihatan walaupun pada dasarnya kita tidak membantah cadangan itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS di Parlimen di sini.

Ha ni MCA kata:
MCA berharap agar IJN tidak diswastakan kerana ia selama ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan imej kerajaan dan membantu rakyat yang tidak berkemampuan. Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, institusi kerajaan itu banyak mengharumkan nama kerajaan.

Ha yang ni pulak kata yang dihormati A Kadir Jasin:

IJN: For the health of the people or Sime Darby?

Sedikit sedutan:
I read in the newspaper of the same promised made by the Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi and Health Minister, Liow Tiong Lai.

We have seen this line been used before to justify selling public assets to enrich selected individuals and companies before.

We have seen how the original Pantai Hospital was allowed floated on Bursa Malaysia on condition that it continued to provide emergency treatment to all and provide assistance to poor patients.

Did it happen? Instead we heard of the hospital being awarded with long-term government contracts to screen foreign workers (Fomema) and to provide hospital services to government hospitals. The company itself had been bought and sold several times to generate massive profits for its controlling shareholders - the last to the Singapore-based Parkway Holdings.

sebutir kata:
Once pengambilalihan berlaku puak pemodal akan berkuasa dan dah tentunya modal yang jutaan RM dilaburkan kena bagi ada pulangan pada pemegang saham, bukan untuk bantu Cik Kiah Glamor di Tasek Gelugor yang keja motong getah kot.. tak kan dia nak ingat Akob Kesot kayuh basikal pi balik pi balik dari Seberang Jaya keja tebas rumput tepi jalan kot..

Kos perubatan di IJN nanti tentunya akan membuatkan mak bapak berkata "Tak yah antaq aku pi sana la Chin ooi.. biaq la aku mati ataih riba hang.. dari aku hidup tengok hang kurus tanggung hutang ngan IJN.. hidup hang masih panjang.. tengok mata anak2 hang berkemutih dok harap kat hang gak Chin ooi..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails