Sahabat adalah perisai diri

Monday, December 22, 2008

Resepi: Kek Puding Lapis Agar-agar


BAHAN KEK:

200 gm sponge mix 4 biji telur
1 sudu besar ovallete
50 ml air Sedikit esen vanila
60 ml minyak

BAHAN PUDING:
200 ml susu cair
200 ml susu segar
90 gm flan vanila
30 gm tepung kastard
Sedikit esen vanila

BAHAN TOPPING:
200 ml air
35 gm gula
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
Sedikit perasa lemon
Sedikit pewarna kuning

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.
  2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.
  3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit.
  4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.
  5. Untuk puding, panaskan tiga per empat susu, kemudian masukkan flan vanila.
  6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.
  7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.
  8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.
  9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan.
sebutir kata:
Nampak sedap.. tap.. tap.. terliuq rasa.. errr selamat mencuba.. lagi satu aku nak pesan.. korang jangan tanya aku flan vanilla tu menatang apa ok.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails