Sahabat adalah perisai diri

Monday, December 1, 2008

Resepi: Tauhu lembut berkuah daging cincang


Bahan-bahan :

2 ketul tauhu lembut
1 biji bawang besar, dicincang halus
2 biji bawang putih, diketuk
1 sudu besar cili kisar
Sedikit air
100gm daging cincang
1 biji buah tomato, didadu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang-bawang sehingga layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak. Campurkan sedikit air dan kacau lagi.
  3. Masukkan tomato yg telah didadu dan masak sehingga hancur.
  4. Masukkan daging cincang dan semua sos-sos. Kacau sehingga daging masak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan tauhu lembut perlahan-lahan supaya tidak hancur. Kacau lebihkurang dan angkat.
sebutir kata:
Sekiranya ada yang tak tahu apa itu tauhu.. haa kat belah utara depa panggil tokua'.. aku eja nie betoi ka..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails