Sahabat adalah perisai diri

Sunday, December 28, 2008

Resepi: Tilapia bersos


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tilapia (goreng garing)
1 tangkai daun kari
5 tangkai cili merah (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil air sotong (botol)
3 ulas bawang merah (cincang)
4 cm halia muda (cincang)

CARA MENYEDIKAN:
  1. Panaskan minyak, dan tumis kesemua bahan cincang dan daun kari sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan sos, serbuk lada putih dan air sotong.
  3. Bubuhkan sedikit gula dan air sotong serta sos tiram.
  4. Tuangkan sedikit air (suku cawan).
  5. Biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat dan tuangkan ke atas ikan.
sebutir kata:
Pastikan ikan Tilapia digosok gigi agar nampak sopan tika menyeringai dalam pinggan semasa sajian.. heh.. heh. selamat mencuba..

3 comments:

  1. Din,
    Ikan talapia kolam biasanya berbau. Bagaimana nak hilangkan baunya?

    ReplyDelete
  2. Lepas siangkan ikan tilapia kolam tersebut, gaul dan perapkan sementara dengan asam jawa bercampur sedikit garam..

    Atau asam belimbing masam diramas dicampur sedikit garam dan diperap sementara.. insyaallah, bau kolam diikan tersebut akan hilang..

    ReplyDelete
  3. Saya dah cuba, sedap. saya tak guna sos sotong sebab kat sini tiada, saya tambah dengan 2 sudu sos cili. Ikan tilapia tu saya goreng garing, ala2 deep fried. boleh buat lagi lepas ni. thanks for the receipe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails