Sahabat adalah perisai diri

Sunday, December 7, 2008

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa


KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada 06hb Dis 2008 yang mengorbankan empat mangsa dan seorang lagi dipercayai masih terperangkap semalam seakan-akan ‘ulangan’ kepada tragedi Highland Towers pada 1993 lalu.

sebutir kata:
Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers). Itulah reaksi ramai orang setelah mengetahui kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa di sini semalam. Sepanjang ingatan ini tragedi kali ketiga selepas rebahnya Highland Towers pada Disember 1993 dan juga di Ukay Views beberapa tahun yang lalu. Diprihatinkan ialah samada kecuaian yang dikenalpasti dalam bencana Highland Towers berulang.

Arahan baru agar dihentikan semua projek pembangunan dilereng bukit bukan perkara baru. Kekhuatiran kita ialah seandainya ketamakan mengatasi kewarasan, nyawa dan harta menjadi kurban. Isunya bukan sekadar pembangunan dilereng bukit, tetapi kelulusan yang mengenepikan pertimbangan keselamatan dan persekitaran. Sama-samalah kita berdoa agar Allah s.w.t. mencucurkan rahmat ke atas roh mereka dan mempermudahkan urusan pasukan keselamatan dalam menjalankan usaha mencari dan menyelamat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails