Sahabat adalah perisai diri

Sunday, December 7, 2008

Tips dari supervisor stesen minyak

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.

Masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu. Aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku orang yang agak sesuai kot untuk dia berikan tips macam mana nak turunkan harga RM1.90 kat pam minyak jadi RM1.50 or suka hati korang la nak letak berapa sen.

Mula mula memang aku tak percaya, tapi..

  1. Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun. Dengan mengatakan isi penuh je korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu. Tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jangan pam angin atau NGV sudah la.. heh.. heh..
  2. Korang gi balik kat pam korang tu dan jangan angkat nozel lagi.
  3. Kat pam tu kan ada dua punat untuk nombor (bukan untuk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu. Kira macam nak isi manual punya harga la.
  4. Korang tekan 'clear' - untuk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi.
  5. Then korang tekan enter - 3 kali.
  6. Then korang tekan '0' , '0', '1', '5', '0' (1.50 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka.
  7. Pastu korang tekan enter - 3 kali sekali lagi
  8. Tekan butang clear - 2 kali
  9. Then korang tekan berapa puluh korang nak isi.
  10. Tekan enter lepas dah masukkan nilai isian.
Pastu, supervisor petrol pam akan jumpa korang.

"Wooi apa ko buat ni? main tekan-tekan ni. Takde keje lain ker?"

So korang dengan muka selamba isi je lah minyak dengan harga baru kerajaan RM1.90 seliter.. heh.. heh..

sebutir kata:
Complaining is good for you as long as you're not complaining to the person you're complaining about.. kah.. kah..
(Lynn Johnston)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails