Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 19, 2008

Vokalis Alleycats terima pingat Agong


David Arumugam penyanyi kumpulan terkenal Alleycats menerima pingat Johan Setia Mahkota (JSM) daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

David, atau nama asalnya Thiagarajan KR Arumugam, antara 285 penerima darjah dan bintang kebesaran daripada Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka itu dikenali dengan lagu-lagu Sampaikan Salamku dan Sekuntum Mawar Merah sekitar 1980-an. Alleycats ditubuhkan pada 1968 dan mula menghasilkan album pada 1976 tetapi nasibnya tidak baik apabila album Inggeris itu tidak mendapat sambutan.


video
sebutir kata:
Senyumlah Kuala Lumpur adalah antara lagu popular nyanyian Alleycats.. satu kenangan indah yang tak dapat dilupakan..

Rasa berbaloi juga pingat buat Alleycats dari bagi kat Shah Rukh Khan yang mungkin tak tau apa makna Datuk bagi dia.. hakikatnya.. Alleycats telah banyak menabur budi seninya diMalaysia khasnya.. nyanyi dalam bahasa Malaysia lagi walaupun aku tak berapa berkenan ngan sengau dia.. heh.. heh.. (betoi ka dulu dia keja tanggung tiang letrik di Pg.. nampak muka ada gaya gak)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails