Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, April 30, 2008

Man United: Ferguson hails Scholes winner

MANCHESTER - Sir Alex Ferguson expressed his delight for Paul Scholes at finally getting the chance to end his Champions League pain.

Scholes was suspended for the famous final win over Bayern Munich in 1999 and, like Roy Keane, it looked as though the midfield maestro would end his career without getting another shot at European club football's biggest prize.

But the 32-year-old lashed home the 14th-minute winner to give United victory over Barcelona at Old Trafford, putting them through on aggregate and ensuring an all-English final in Moscow on May 21.

sebutir kata:
MU rules....

Tuesday, April 29, 2008

Bahaya : Kesan Radiasi Menara Pemancar


Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman, bersama 10 pelajarnya, baru-baru ini, melalui kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi mendedahkan tentang risiko lebih tinggi diserang kanser dan pelbagai penyakit kronik lain.

sebutir kata:
Ingatan sesama makhluk, ini bukan raja lawak... korang pikiaq la sendiri.. ok...

Kerja menepati tuntutan moral, agama dijanji keberkatan


Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi pula, kerja memberi maksud daya usaha yang dilakukan manusia dalam keadaan sedar, sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain untuk menghasilkan suatu barang atau perkhidmatan.

Maka, kerja atau bekerja dapat diertikan sebagai pergi ke tempat kerja dan menjalankan tugas serta tanggungjawab, sama ada di pejabat, kilang atau sebagainya untuk memperoleh pendapatan dan keredaan Allah.

Sesungguhnya bekerja amat dituntut dalam Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Hal ini bertepatan dengan konsep penciptaan manusia itu sendiri sebagai khalifah di muka bumi.

sebutir kata:
Mencari rezeki yang halal adalah fardu ain kerana untuk melaksanakannya memerlukan kekuatan rohani dan jasmani. Perkara paling utama ialah kesabaran.

Hati-Hati - Jangan Sampai Terbeli


To all brothers and sisters, do check the contents before buying.. these pack of sweets was bought from our local 7-11 store.
sebutir kata:
Terjual dipasaran terbuka, nampak sedap mmg biadap...

Man United bak harimau lapar, mahu baham Barca

IBARAT harimau cedera dan lapar yang akan membaham apa saja mangsa yang lalu di hadapannya, begitu juga dengan Manchester United.

Selepas harapan sebelah tangan untuk menggenggam mahkota Liga Perdana England terencat kerana kekalahan menerusi gol penalti kontroversial di tangan Chelsea, anak didik Sir Alex Ferguson dijangka melepaskan geram kekecewaannya ke atas Barcelona.

United berdepan gergasi Sepanyol itu dengan misi mesti menang dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford hari ini (Rabu, 2.30 pagi waktu Malaysia).

sebutir kata:
Hang baca hang punya lapaq saja, lapaq orang hang x tau... poraahhh...
X dpt cup tahun nie, aku nak tukaq jersey lah...

Akob tak kisah….


Sambil merenung atap, dia menghela nafas menggaru kepala yang tak gatal. Keliru dia memikirkan apa yang tak kena dengan isterinya. Anak anak juga terasa sunyinya, emak mereka yang selalunya meriah dengan cerita dan hilai tawa kini sepi hanya sesekali menyeringai indah.

Ahh… Akob tak kisah…

Isterinya memang cantik, siapa yang tak kenal Chah Redot yang memang terkenal dikampung. Dengan menggunakan pengalamannya menoreh selama lebih 5 tahun, Akob dapat menawan hati Chah. Akob bangga pasangan Chah Redot dengan Akob Kesot menjadi bualan dan impian semua orang. Akob senyum sendiri mengenangkan itu semua.

Ahh… Akob tak kisah…

Hatinya gundah kini. Akob tahu sejak berhenti merokok dirinya sedikit ketidaktentuan. Peristiwa bilik mandi mungkin menjadi punca, kole pelastik yang diinjak injak marah mungkin penyebab. Tidak disangka kole pelastik begitu bermakna bagi isterinya. Isterinya bermuka biru kini sebiru kole pelastik yang diinjak haritu.

Ahh… Akob tak kisah kini…

Dia amat jauh hati, sedikit kesilapan yang tak difahami terus dihukum isterinya. Dia bertekad sama sama tunjuk perasaan.

Akob memang tak kisah kini.

sebutir kata:
Nak buat camna sentimental value dia kat kole tu Akob oii..

Monday, April 28, 2008

Persatuan Kenasepak Malaysia


sebutir kata:
Eh... apa yang x kena ngan logo nie...

Jiran baik umpama harta tak ternilai

MANUSIA tidak boleh berdiri tanpa pertolongan serta simpati orang lain terutama jiran, pihak yang paling hampir dengan kita untuk menikmati kesenangan dan membantu serta memberi sokongan tatkala menghadapi kesusahan.

Kata pujangga, ada empat faktor untuk kita menikmati kehidupan selesa, iaitu rumah yang lapang, isteri yang setia, kereta yang tidak rosak dan jiran yang baik. Apabila kita mendapat jiran baik serta berbudi, bererti kita berjaya mendapat sesuatu yang mahal serta tidak ternilai harganya.

Tetapi jika kita mendapat jiran tetangga yang kurang berbudi, kita akan menghadapi keadaan yang tidak selesa dan merumitkan.

sebutir kata:
Bentuklah diri kita menjadi jiran yang baik dan berbudi....

Fergie kecewa hajat terkandas

LONDON: Alex Ferguson yakin rasa tidak mendapat keadilan sewajarnya selepas tewas 2-1 kepada Chelsea, akan membantu Manchester United merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris.

United berdepan dengan tugasan sukar untuk merebut gelaran selepas penalti lewat Michael Ballack di Stamford Bridge membolehkan Chelsea mengumpul 81 mata, jumlah yang sama dengan juara bertahan itu.

sebutir kata:
Kami mahu KEADILAN... kami mahu KEADILAN... heh.. heh..

Sunday, April 27, 2008

Lembu berwajah manusia


sebutir kata:
Tempat lain x jumpa dah lembu cam nie...

Lawak pendek - Kambing yang setia


Pak Abdul ingin menjual seekor kambing yang sudah lama dipeliharanya. Ini terpaksa dilakukannya kerana dia sangat memerlukan wang dan hanya kambing itu sajalah yang dia ada...

Suatu hari Pak Abdul bertemu dengan seorang pembeli..."Kenapa Pak Abdul ingin menjual kambing ini?" tanya pembeli"Kerana aku sangat perlukan wang." Jawab Pak Abdul"Boleh tak kalau harganya diturunkan sedikit?" Tanya Pembeli..

"Tidak boleh.. kerana saya tahu kambing ini adalah yang baik dan setia.""Bagaimana Pak Abdul tahu yang kambing itu adalah kambing yg setia?"

"Iya.. sudah 5 kali aku menjualnya.. tetapi dia selalu kembali kpd aku."

sebutir kata:
Nama pun lawak....

Cerita lepas pencen

sekadar hiasan: gambar ayahanda
Tiada yang lebih bermakna bagi seseorang selain daripada ketenangan jiwa terutama bagi yang sedang meniti usia menjelang pencen.
Saya ada beberapa kawan yang apabila ditanya aktiviti lepas usia pencennya bermacam cerita yang keluar. Seorang kawan berkata dia tak sabar-sabar nak lakukan satu tugas yang selama ini menjadi idamannya. Tugas yang begitu mulia tetapi tidak dapat dilakukan kerana kesebokan kerja.
Impian insan kerdil macam dia tidaklah tinggi sangat. Katanya, dia hanya ingin jadi Tok Siak mesjid tua di kampung dia. Saya hampir ketawa mendengar impian seorang rakan yang saya anggap paling akrab dengan saya itu. Tetapi saya tak jadi ketawa selepas dengar penjelasan dia.

''Aku sedih kerana bekalan air selalu terputus di kampung aku. Bila hari Jumaat, jemaah terpaksa ambil wuduk kat perigi lama. Kolah kosong. Bila aku jadi Tok Siak, bolehlah aku isikan air kolah sebelum jemaah tiba untuk solat Jumaat''.

idea asal disini..

sebutir kata:
Mulianya hati kawan aku niiii....

IBUKU SEORANG PEMBOHONG!!!

Anda masih ada Ibu? Atau anda sendiri adalah seorang Ibu? Jika jawapannya “YA” maka silalah teruskan membaca…

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Cerita ini aku ambil dari blog Abg Bear, ramai yg dah baca tapi ramai juga yg belum…. jadi,

sebutir kata:
Seorang Ibu dapat menjaga even 6 - 7 orang anak dan 6 - 7 anaknya belum tentu dapat menjaga seorang ibu... isk... isk...

Saturday, April 26, 2008

Chelsea beat Manchester United


Two goals from Michael Ballack kept alive Chelsea's title hopes as they overcame Manchester United 2-1 in a pulsating clash at Stamford Bridge.

Chelsea's dreams appeared over after a monumental blunder by Ricardo Carvalho gifted United a 55th minute equaliser to Wayne Rooney.

Ballack had given Chelsea a 45th minute lead and he sealed a vital win in controversial circumstances by slotting home a penalty five minutes from time.

sebutir kata:
Sad...

Adab di fast food restaurant…

Tengahari tadi teringat nak lepak kat fast food di Auto City.

Counter penuh, masa dok lineup tu, tanpa segan silu menyelitlah 2 aweks bergedik aje menyelinap depan aku sebelah seiring ngan balak berbangsa cina, since balak cina tu tak kata apa2 aku pun berdiri dibelakang slumber ajelah, tapi lepas balak cina tu belah ngan order dia, patutnya turn aku, tapi counter girl terus take order dari gedik 2 orang tu…

Aku ok lagi, belum pun habis pesanan dia panggil pula satu balak melayu mai tumpang order, aku mula rasa tercabar, no 2 dari counter la nie dah jadi yg ke4, darah panglima mula menyirap tapi sabar, beristighfar.

Aku belah terus pi lain counter, the gediks girls realize lalu dia bagitau balak dia, ewaah.. cuba2 buat baik pula mai la kami tolong order kat abg…

Mendidih betul…

sebutir kata:
Kalau lapaq x ingat dah adab susila, bukan saja barisan dia potong, silap2 kepala kita pun depa sanggup potong… Wahai rakyat Malaysia sekalian dan masyarakat Melayu khasnya, tolonglah buktikan yang kata2 aku nie salah… isk.. isk…

Hadiah....


Aku dikejutkan dengan hadiah dari anak ketiga aku.... tak lah mahal but very touching moment... hadiah berupa kapal layar yang terbuat dari kayu... cantik gak... thanks anyway...

Masih aku berfikir sampai sekarang nie.. apa yang membuatkan dia out of suddent teringat nak hadiahkan kapal layar kat aku nie... ishh jangan ingat pelik2 lah...

sebutir kata:
Ayah broke bulan nie... jgn harap se barrel ayam goreng oo...
Tapi ayah tau korang ikhlas, insyaallah nilai baik yang ditanamkan selama ini terpelihara dan dipatuhi sentiasa...

Najib tunduk pada Amerika: Anwar

Menteri pertahanan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menamatkan penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur kerana "telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain," katanya dalam satu kenyataan.

dipetik dari Malaysiakini

sebutir kata:
Nie apa lak nie... hampa kata Anwar ejen Yahudi... tindakan hampa plk ejen sapa...?

Nasi lemak...


Entah camana ari nie p kena nasi lemak plak, dah lama dah tak pekena nasi lemak nie sejak dianugerahkan tanda2 darah tinggi, saja kekadang tu nak buat gak market test kacau skt2 gue punya high blood level heh... heh...

Tapi makan x leh habis.. nasi lemak apatah masin skt..

sebutir kata:
Makan ajelah sementara boleh... dah sakit esok nie langsung x leh makan...

Friday, April 25, 2008

Andai Ku Tahu - Ungu

Andai ku tahu….Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…Malaikat-Mu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas di surga…
Andai ku tahu….Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu…

Download...

sebutir kata:
Andai ku tahu... yang aku takkan tahu kapan bila ajalku...
Taubatlah selalu....

Check saman

Kepada mereka2 yang rasa nak check saman,silalah klik kat sini...

Saya dah check tadi. saya kena 3 saman..tak sedar entah bile kejadian tu berlaku...hermm...

sebutir kata:
Dah kata dah jangan nakal kan dah kena dah...

Mati hidup semula?

Kejadian berlaku di Melaka tapi tidak terpapar dimedia Malaysia, kenapa ya... video bah 1 dari 8 bahagian....

sebutir kata:

Kebesaran Tuhan semua x mustahil, korang tengok lepas tu korang pikiaq la sendiri.... ok...

Malaysia sedia bantu Thailand


PUTRAJAYA: Malaysia sedia menghulur sebarang bantuan yang dianggap wajar oleh Thailand bagi pembangunan ekonomi dan sosial penduduk di selatan negara itu, sekali gus menyokong usaha menangani pergolakan di wilayah berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata walaupun pelbagai kemajuan sudah dicapai dalam bidang pendidikan dan kemahiran untuk golongan muda di wilayah berkenaan, masih banyak yang perlu dilakukan.

selanjutnya disini...

sebutir kata:
Masaalahnya... wajarkah kita membantu Thailand? Layakkah Thailand menerima bantuan kita? Adakah kita lebih mampu dibanyak segi berbanding Thailand? ooi banyak nak tanya nie....

Thursday, April 24, 2008

Singa menyebut Allah



sebutir kata:
Janganlah wirid kita kepada yang Esa camtu lak....

Apa kata anda?

Suatu pagi yang dingin, anak anda merapati anda dengan wajah kusam dan senyum seposen. Dengan lembut pelik dia minta keizinan tak nak ke sekolah ari tu.....

Atau dengan bahasa lembut nya... minta izin nak ponteng sekolah...
Atau dengan bahasa mantik nya... gue mau tuang sekolah...

Heh... heh... apa kata anda?

sebutir kata:
Nak kena penampar ngan kaki ka?

Peribahasa

Ini peribahasa - nampak kat kedai spare part


Rajin Kerja, Rajin Cakap = BAGUS

Rajin Kerja, Malas Cakap = KENA BULI

Malas Kerja, Rajin Cakap = NYAMUK

Malas Kerja, Malas Cakap = Baik Mampus

sebutir kata:
Macam betul aje... heh... heh...

Teman yang sejati

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.

Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita.

Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar.
Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.

Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu.
Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua.
Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan. Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan.

Dipetik dari: Minda mufti

sebutir kata:
Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah.

Liverpool tempah laluan berliku

Liverpool berdepan tugas sukar apabila perlu menewaskan Chelsea di Stamford Bridge pada aksi separuh akhir kedua jika mahu menempah slot ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Begitupun, berdasarkan rekod, skuad The Reds itu tidak pernah menjaringkan gol di gelanggang bertuah The Blues sejak Rafael Benitez menjadi pengurus Liverpool pada tahun 2004.
sebutir kata:
Woi korang dah x suka kat Benitez bagitau aje lah.... heh.. heh...

Wednesday, April 23, 2008

The 2 stars who sank the TITANIC










sebutir kata:
You Jump, I Jump... kah.. kah..

Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi


Dapat gambar ni dari rakan, untuk dikongsi bersama dgn rakan2 yg lain, alangkah indahnya jika dapat mati dalam keadaan begini, insyaallah.. Amin. Fwdkan kerakan2 yg lain agar menjadi teladan semua. Wallahualam...

sebutir kata:
Kita dpt tengok ending dia, ending kita pulak camana....

F1 Sepang


sebutir kata:
Tak tau nak comment apa ngan macam2 perangai org yg ada yg kekadang menggelikan @ menggilakan....

Pakatan Rakyat to take over 'by Sept 16'



KOTA KINABALU, April 23 — By Malaysia Day, Pakatan Rakyat will form the new government. Datuk Seri Anwar Ibrahim today said that he expected the crossover of Barisan Nasional MPs to take place before Sept 16.

This was the first time that the defacto leader of the Opposition alliance has put a deadline to the collapse of the Abdullah administration. His choice of Malaysia Day is interesting given that today’s press conference was in Kota Kinabalu and he is due to visit Kuching soon. The people of Sabah and Sarawak have a special attachment for Sept 16 – the day they became part of Malaysia.

sebutir kata:
Wow... Pak Sheikh selalunya tidak ucapkan sesuatu yg dia tak boleh kota...

Congratulations



Balik keja dlm hujan renyai2 dan masih moody lagi, tiba2 dikejutkan oleh anak sulong aku...

Tahniah, ia dah lulus ujian lesen motor ngan JPJ tengahari tadi.... heh... heh...


sebutir kata:
ANAK BAPAK...
Ingatlah lesen ini bukannya lesen untuk jadi lebih loqlaq....

Hikmah bertaubat

Apakah taubat?

Taubat dari segi bahasa bermakna kembali manakala erti istilah ialah kembali mendekatkan diri pada Allah setelah tersasar jauh daripada-Nya.

sebutir kata:
NIAT untuk bertaubat harus murni kerana ini memberi petanda kepada keikhlasan untuk mencari hidayah.

Hindar tekanan darah tinggi


POKOK jarum tujuh.

BATANG pokok ini berduri seperti jarum. Durinya terbit antara lima, enam atau tujuh bilah di setiap pangkal daun, malah ada yang terbit lebih daripada tujuh batang duri. Amalan tradisi akan memilih daun yang mempunyai tujuh duri dipangkalnya.
Daunnya berkilat berbentuk runcing pada hujung dan pangkal, lembut dan rangup jika diramas serta berlendir. Urat daun berselang-seli dan ada yang bertemu di bahagian pangkal daun, sementara urat sebelah belakang daun berwarna ungu.
Daun mudanya elok dimakan begitu saja. Rasanya seperti pucuk paku. Sedap jika dimasak lemak, tetapi untuk mengekalkan khasiatnya, baik dimakan sebagai ulam.
Bunganya berwarna kuning kemerahan mempunyai lapan hingga 12 kelopak dengan stigmanya berwarna putih. Bunga tujuh duri ini terbit di bahagian pucuk dahan.
Nama saintifiknya Pereskia bleo dari keluarga Cactaceae. Batang yang tua berkilat sementara batang mudanya berwarna hijau muda bertompok-tompok putih. Batangnya jika dikerat-kerat atau dicantas akan mengeluarkan lendir. Ia mudah bertunas serta mudah ditanam melalui keratan batangnya.
Untuk tujuan ulam, anda dinasihatkan supaya menceraikan daun daripada batangnya satu persatu. Ini kerana, walaupun batang mudanya juga lembut, tetapi masih mempunyai duri halus yang berbisa. Amalan memakan daunnya dikatakan terhindar dari darah tinggi, kencing manis dan barah.
sebutir kata:
Mencegah itu lebih baik.... nak cari tang mana nie....?

Al-Fatehah:Rustam Sani meninggal dunia pagi tadi


Penulis,aktivis dan penganalisis politik serta blogger,Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun.

Demikian sistem pesanan ringkas (sms) yang dimajukan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Difahamkan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan kediaman beliau di Gombak selepas Zuhur nanti. Dalam pada itu menurut suara-ummah.blogspot.com yang turut menyiar berita pemergiaan Allahyarham menyatakan beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair.

Allahyaraham difahamkan sedang dalam persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.

Allahyarham juga merupakan seorang kolumnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di bawah kolum 'Pandangan Rustam' dan sentiasa menyumbangkan artikelnya di dalam Harakahdaily.net serta akhbar Harakah.

Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman. Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Dipetik dari:TranungKite Online

sebutir kata:
Kehilangan sebutir bintang yang menerangi kita selama ini..... moga rohnya dicucuri rahmat.. Amin

Senyum itu suatu sedekah

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.

Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roma mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang"

TranungKite Online

sebutir kata:
Senyum senyumlah dan ceriakan diri kita demi menceriakan orang lain....

Rombongan sekolah


Anak ketiga p ikut rombongan sekolah ari nie... PWTC, majlis penganugerahan sains sekolah2... dia x dak apa pun just menyemak dewan je... heh.. heh..

sebutir kata:
ANAK BAPAK...
Peminat Arsenal oooo anak aku sorang nie.... minat kat Adebayoorr.. kot... heh..

Tuesday, April 22, 2008

Apple MacBook Air - World's Thinnest Laptop


Apple CEO Steve Jobs holds up the MacBook Air after his keynote at the MacWorld Conference in San Francisco . The super-slim new laptop is less than an inch thick and turns on the moment it's opened.
sebutir kata:
Where are we?

Ujian bagi si Pintar

Mempunyai IQ atau tahap keintelektualan yang tinggi merupakan satu kebanggaan buat pemiliknya. Mereka juga kerap dipandang tinggi oleh rakan dan masyarakat.

Namun perlu diingat menjadi ‘bijak' adalah satu ujian Allah swt yang besar, malah ramai yang jatuh tertewas dengannya dalam pelbagai bentuk dan keadaan.

selanjutnya boleh dibaca disini...

sebutir kata:
Kebijaksaan minda adalah satu anugerah jika ia diarah kepada kebaikan, tetapi ia boleh menjadi malapetaka jika gagal dikawal dan dipandu.

WANITA


JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JGN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

sebutir kata:
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.

Roses



sebutir kata:
Kepada peminat2 bunga dan gak hero2 bunga diluar sana.....
Bunga indah adalah bunga yang dapat hindarkan kewangiannya tercemar dik debuan kota....

Amalan bawa lari gadis


NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) - Bukan satu kesalahan bagi kaum lelaki di Lombok melarikan anak gadis dari kawasan atau negara lain ke daerah ini sebaliknya telah menjadi amalan dan gaya hidup di pulau itu sejak sekian lama.

Malah amalan tersebut masih dipertahankan dan merupakan kaedah yang sering digunakan oleh kaum lelaki di sini untuk memperisterikan gadis yang diidamkan.

baca lanjut disini (Kosmo...)

sebutir kata:
Kepada gadis2 yang rasanya kurang bermasaalah dan hobinya mencari masaalah, haa tunggu apa lagi inilah masanya menambah lagi masaalah bukan saja kepada diri sendiri tapi juga pada org sekeliling kita... korang pikir la sendiri... ok...

New face

Just slightly change the background colour, ada gak kekawan yg complaint x nampak tulisan...

sebutir kata:
Kalau dah monitor korang yang out, jgnlah kata background colour x suit.....

Monday, April 21, 2008

Extreme funny

sebutir kata:

Just for fun....

Sunday, April 20, 2008

Allahyarham TS P Ramlee - Sua Sue Kemuning


sebutir kata:

Yang lama dilupa jangan... heh.. heh...

Gelak lagi....





sebutir kata:

budak kalu gelak semua org kata comel.... kalau org tua gelak, org gelak gak tapi semua dalam hati kata hudoh.....

Harga barang naik lagi ooi...


4 pinggan mee rebus, 1 pinggan pasembor... air nyoq 4 ngan limau panas satu... RM19.50, fuyoo...

sebutir kata:
Nak kena berenti pekena juga pasai bini dok ajak sgt....

Sekali masuk longkang daa...


Kejadian berlaku dpn sekolah Convent BM sebelum hospital, longkang punya besaq... rosot betoi la...

sebutir kata:
Ingatlah org yg tersayang... heh...heh...

Nasib Lali bayi ajaib
















KEBANYAKAN penduduk tempatan menggelarnya sebagai bayi ajaib. Apa tidaknya, Lali yang kini baru berusia lebih sebulan itu dilahirkan dengan membawa penampilan fizikal cukup aneh - memiliki dua wajah.

Keadaan tersebut yang dirujuk dalam dunia perubatan moden sebagai Craniofacial Duplication menyaksikan kanak-kanak unik ini turut mempunyai dua mulut, dua hidung dan empat mata; semuanya berpasangan.

cerita lanjut di Varia Kosmo online

sebutir kata:
Sekadar pencerah minda tentang kebesaran Tuhan.

Sawah dua tingkat

sumber:

sebutir kata:
Menteri dulu dulu idea depa lagi bernas... heh.. heh..

Tentera Amerika Alami Gangguan Mental

Ini sebenarnya bukan fakta baru, tapi memperkuatkan fakta sedia ada. Penelitian Rand Corporation mendedahkan fakta tentang penderitaan tentera AS yang ditempatkan di Iraq dan Afghanistan.

Rand Corporation menyimpulkan sekitar 300 ribu pasukan veteran AS di Iraq dan Afghanistan, mengalami gangguan mental serius. Namun hanya separuh saja yang melakukan rawatan atas penyakit yang mereka derita.

sumber:

sebutir kata:
Inilah akibatnya apabila letakkan membunuh sebagai hobi.

TERberanak

Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif.

Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif...

Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hospital.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hospital". "Tak maulah doktor, saya malu"Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi terukpunya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.

Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....

sebutir kata:
Nama pun lawak... heh... heh...

Perhatikan gambar ini.


sebutir kata:
Amazing photo...

Saturday, April 19, 2008

Keluarga terdekat

Buat tok yg diingati moga cepat sembuh...


Apa habag org kelate...


Bahagia selalu..... tarik selagu Amie...


Happy selalu....


Control mancho nampak.....


sebutir kata:
Hanya sebahagian dari keluarga yg besar...

Bayi terbang

Dipetik dari myMetro:

KOTA TINGGI: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hanya cedera ringan biarpun ‘terbang’ keluar dan terjatuh di atas jalan selepas kereta dinaiki bersama keluarga berpusing dua kali akibat merempuh sebuah bas henti-henti di Kilometer 40.6 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, tengah hari semalam.

Sebaik tercampak di tengah jalan, Muhammad Nur Haikal diselamatkan seorang lelaki, Karim Salim, 33, yang menumpang sebuah bas kilang menuju ke Mersing. Selepas menyaksikan kejadian itu, Karim segera turun dari bas sebelum menyelamatkan Muhammad Nur.Menurut Karim, dia dan adiknya menumpang sebuah bas kilang selepas membeli peralatan enjin bot dari Johor Bahru.

sebutir kata:
Kehendak Allah jua....

Khairy: Keris antara punca BN kalah




Dipetik dari Malaysiakini;

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca sokongan kepada BN merosot dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, tidak menyokong ramai calon BN dalam pilihanraya umum tersebut.

berita lanjut disini;

sebutir kata:
Keris tak terhunus sendiri kalau kita yang tak hunuskannya.

Angelina Jolie

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi keshopping mall...

Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung...
Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia...." Pak, itu amenda pak?"Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh....

"Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok,tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.... .lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.... .

Tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG! !!!!keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE...lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT

sebutir kata:
Just a joke, release tension.. heh heh... anyway tks Adha

Friday, April 18, 2008

Samy Vellu Perlu Tinggalkan Malaysia



KALAU tidak silap baru-baru ini Samy Vellu (foto) ada menengur Dr Mahathir Mohamad kerana tidak berhenti bercakap menyalahkan Abdullah. Teguran itu dikira berani dan banyak yang suka. Kalau Samy Vellu sendiri dapat merasakan Mahathir tidak relevan makna betullah tanggapan pembangkang selama ini bahawa Mahathir sudah tidak relevan dan mencemarkan negara.
Sebab jarang bagi Samy untuk menegur dan mengkritik Mahathir. Mahathir adalah bossnya.Tetapi belum terbalik hari, Samy Vellu mengeluarkan satu kenyataan yang ‘porah’ dan tidak menunjukkan wibawanya sebagai bekas menteri Kabinet dan juga pemimpin kaum India negara ini. Pernyataan berupa ancaman Samy itu sesuatu yang merendahkan intergiriti beliau sebagai bekas anggota Kabinet.
Kata Samy beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta bantuan negara luar sekiranya Kerajaan gagal membela nasib kaum India negara ini. Katanya kaum India masih terperangkap dalam kemiksinan dan ketingglaan dalam pendidikan dan berhadapan dengan masalah perumahan. (Tulisan penuh disini...)

sebutir kata:
Ayo yo Samy.....

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam



Assalamualaikum..
Ianya berkaitan tentang satu mazhab agama Kristian yang mirip dengan solat agama Islam.Dan demi menjaga kesucian Islam disini siarkan email tersebut berserta 2 keping gambar untuk pembaca semua.
Sebarkanlah ia demi Islam tercinta,demi anak cucu kita.

BAHAYA BETUL..

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir samadengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib.

Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacaraperibadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab.

Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kalisehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.

Mereka menyebutnya:sa'atulawwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan padaRabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.

Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2 laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli....dan digantungdi rumah kita.

Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR............. Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mailini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran......sebenar ayat Bible...

sebutir kata:
Sedarlah... berkupiah, jubah, rukuk dan sujud bukan lagi hak mutlak agama islam... hanya kerja hati yang dapat membezakan kita sebagai MUSLIM....

Thursday, April 17, 2008

Anak harapan bangsa.



sebutir kata:
belajaq pandai pandai, jaga nama baik keluarga.

Related Posts with Thumbnails