Sahabat adalah perisai diri

Thursday, July 31, 2008

Managing Director


A man joined a big Multi National Company as a trainee..

On his first day, he dialled the kitchen and shouted into the phone:

"Get me a cup of coffe, quikly"

The voice from the other side responded:

"You fool: you've dialled the wrong extension! Do you know who you're talking to?

"No" replied the trainee.

"It's the Managing Director of the company, you idiot"

The trainee shouted back."And do you know who YOU are talking to, you idiot.

"No!" replied the Managing Director angrily.

"Thank God" replied the trainee and put the phone down...

sebutir kata:
Inilah titik tolaknya sebab musabab 3G mobile phone dicipta.. uhuk.. uhuk..

Beautiful sexy cars






















sebutir kata:
Mak Cik Musalmah lebar bertambah sibuk sekarang nie.. kalu booking pakai sms sampai mampuih dia tak layan dah.. la nie.. kena masuk website dia la pulak untuk booking... mai laaa...

Nice Shot (Lovely Pics)







sebutir kata:
Sekadar menjamu mata... mmmm...

Petua hilangkan rambut beruban


Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.

Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus. Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.

Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

sebutir kata:
Tapi kalau dah beruban kerana beralih umur, elok dibiar saja... itu tandanya Tuhan sayangkan kita... pasai apa nak hilangkan pulak...

Semalu dan Wanita


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Apabila mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, dan kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

sebutir kata:
Hayatilah ciri2 wanita solehah unjuran Rasulullah..

Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

sebutir kata:
Berpesta lagi Permatang Pauh, on the book katanya kira Anwar dah menang laa.. bukan cakap besaq tapi letak kopiah Anwar pun Keadilan boleh menang punya...

Wednesday, July 30, 2008

Photo of you when you were young








sebutir kata:
Comel semacam je, nampak matang berbanding usia.. heh.. heh..

Chelsea tewaskan Malaysia 2 - 0


SA: Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah pada pusingan akhir Jelajah Asia apabila menumpaskan pasukan Malaysia XI 2-0 di Stadium Shah Alam di sini malam Selasa.

Walaupun berdepan dengan pasukan mantap dan terkemuka dari England itu, namun Malaysia tidak gentar dan mampu mengegarkan barisan pertahanan Chelsea sebaik sahaja wisel sepak mula ditiupkan.

Pemain negara Mohd Amirulhadi Zainal berjaya melepasi barisan pertahanan Chelsea dan melepaskan rembatan rendah seawal minit kelima tetapi tersasar.

Bermain di depan lebih 40,000 peminat termasuk ramai penyokong kelab Inggeris itu berpakaian jersi biru, Chelsea kemudian menguasai perlawanan dengan mempamerkan corak serangan.

Rentak perlawanan yang menghiburkan itu akhirnya membawa gol pembukaan pada minit ke-30 menerusi pemain Nicolas Anelka yang menyambut hantaran Frank Lampard sebelum melepaskan tendangan rendah, melepasi jangkauan penjaga gol negara Mohd Helmi Eliza Elias.

Selepas waktu rehat, persembahan Chelsea semakin menonjolkan dengan rentak pantas serta taktikal dengan jurulatih Felipe Scolari menurunkan pemain Ashley Cole.

Pada minit ke-52, Cole menyudahkan gol kedua Chelsea apabila beliau mengutip bola dari gerakan "set-piece" yang dilakukan oleh Lampard dan Florent Malouda untuk menewaskan Mohd Helmi.

sebutir kata:
Tunggu ternganga depan TV kot2 ada live, binawe betui...

Tuesday, July 29, 2008

Malaysiaku Permai











sebutir kata:
Malaysiaku yang permai...

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah Ulama dilindungi awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
  • Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  • Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur.
  • Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  • Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  • Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut.

Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Al-Fatihah.


sebutir kata:
Kembalinya sinar permata dalam kegiatan dakwah diMalaysia yang sukar dicari ganti...

Related Posts with Thumbnails