Sahabat adalah perisai diri

Sunday, August 31, 2008

Believe it or not

















sebutir kata:
Happy watching, gambar2 menarik yang lama dah dalam kotak email untuk sekadar hiburan..

5 racun dan penawarnya



5 RACUN DAN PENAWARNYA
  1. DUNIA ITU RACUN..... ZUHUD UBATNYA

  2. HARTA ITU RACUN..... ZAKAT UBATNYA

  3. BERCAKAP KOSONG ITU RACUN..... ZIKIR UBATNYA

  4. SELURUH UMUR ITU RACUN..... TAAT UBATNYA

  5. SELURUH TAHUN ITU RACUN..... RAMADHAN UBATNYA


sebutir kata:
Sekadar ingatan untuk diri ini, kekawan, handai taulan dan pengunjung setia blog sebutir..

Senarai persiapan dan perlaksanaan puasa

10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

  1. Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith.
  2. Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan.
  3. Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum, ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.
  4. Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan)
  5. Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.
  6. Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu
  7. Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala.
  8. Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbayak bersabar.
  9. Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu.
  10. Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.

sebutir kata:
Pebanyakkan zikir, dekatkan lagi hati dengan Allah s.w.t dibulan yang mulia ini..

Do one brave thing today..


sebutir kata:
Ini dah jadi trend to us lately.. banyak sungguh spesis camnie, tak caya tengok dan kajilah sendiri..

Selamat datang ya Ramadhan

Image Hosted by ImageShack.us
sebutir kata:
Sempena kehadiran bulan yg penuh barraqah ini... aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya ada terlanjur perkataan dalam penulisan dan selamat menyempurnakan ibadah puasa kerana bulan Ramadhan ini merupakan bulan untuk umat Islam menmbah ketaqwaan dan keimanan..

Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi seluruhnya hendaklah dijaga, tangan, mulut, mata, hati dan sebagainya..

Hari kemerdekaan ke 51


Gambar dicopy paste dari MSO..



sebutir kata:

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 hari ini.. merdeka dari segi minda dan jiwa.. tapi sayang sekali kerana logo sambutan kali ini diciplak, kalau benar amatlah memalukan sekali (sumber), logo sebelah kiri adalah logo rasmi yang diguna pakai untuk barangan keluaran Taiwan manakala di sebelah kanan logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-51 yang jelas diciplak daripada logo Taiwan.

Saturday, August 30, 2008

Pendekar Bujang Lapok


sebutir kata:
Baik buat release tension.. enjoy watching.. mesti best punya..

Closing ceremony Olympics Beijing 2008















sebutir kata:
Sibuk ngan kehangatan politik setempat baru2 ini, lambat sikit nak update Olympics Beijing 2008 baru2 ini.. saja je nak bagi credit untuk negara China yang dengan bergaya sekali berjaya melakar sejarah tersendiri dalam menganjurkan sukan terulung didunia.. just tumpang berbangga jer..

Funny pictures











sebutir kata:
Saja je menambahkan koleksi gambar2 pelik tapi benar nie..

Cemburu buta


Seorang isteri menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menelefon si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang pempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu jugak yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja didepan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan sisuami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan ditalian tadi.

Si anak pun cakap "harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi."

sebutir kata:
Cemburu membuta tuli..

Galmer Arbitrage GT 2008





sebutir kata:
Satu lagi model tambahan didalam koleksi Cik Musalmah Lebar yang sedia untuk tempahan.. sila hubunginya kepada yang berminat.. he.. he..

Lari jauh jauh


Ibu : "Fendi.. kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"

Fendi : "Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."

Ibu : "Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"

Fendi : "Fuad dan saya"

Ibu : "Cheh.. dasar penakut"

sebutir kata:
Mengelak tak semestinya penakut.. tul tak?
Related Posts with Thumbnails