Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 31, 2008

Yamaha future concept motorcycle






sebutir kata:
Nampak canggih, aerodinamik.. tapi macam tak praktikal la.. sampai tempat keja dah letih, lembik.. kena kawasan yang meriah ngan lopak pulak... isk.. tak dapat nak bayangkan la.. tapi besar kemungkinan ini akan jadi kegilaan ramai dimasa akan datang..

Resepi: Udang goreng Oats


Bahan-bahan :
Udang, dibersihkan dan dibelah belakang
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Oats
Garam

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan-bahan di atas.kecuali oats.
2. Setelah udang tersalut rata, golek-golekkan udang ke atas oats.
3. Goreng secara "deep-fry" dengan api sederhana hingga garing.


sebutir kata:
Emmm.. nampak sedap.. jangan lupa sebagaimana pengkeras yang lalu tu.. kalau dah buat ajak2 la aku rasa sekali.. heh.. heh.. selamat mencuba..

Most of the girls

video
sebutir kata:
Pompuan mana la perangai macam nie ha.. bawa bertenang sebab aku percaya tak semua perempuan perangainya camni.. anyway ini cuma sekadar hiburan.. release tension masa keja.. kreatif gak kepala pencipta video nie..

Petrol, diesel turun 15 sen seliter mulai esok


PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan kali keempat bagi harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok 01hb Nov 2008.

Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

sebutir kata:
Hangpa tengok pada 4 Jun lalu, KERAjaan umumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, satu keputusan paling bijak dibuat oleh kerajaan BN dalam uruskan harga minyak nie. Bahana dari kenaikan bijak tak boleh tumpang ni telah dideritai rakyat sampai la nie..


La barulah KERAjaan terhegeh-hegeh nak turunkan harga setelah harga minyak dunia menurun sehingga lebih rendah dari semasa harga minyak di Malaysia RM1.92 sen seliter dulu.

Pada masa yang sama KERAjaan melompat lompat cuba nak turunkan harga barang. Maka mengomellah dalam media bahawa Giant dan Tesco telah menurunkan harga barang. Tanya tengok kat menteri barang mahai kita, Shahrir Samad, Giant ngan Tesco ada diserata Malaysia ka? Terbeliak biji mata Pak Ngah aku bila dengar Tesco.. dia dok ingat lembu baka baru..

Petua: Atasi sinki tersumbat


Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

sebutir kata:
Aku punya pening sejak minggu lepas pasai saluran sinki rumah tersangkut teruk.. try la petua nie.. tak percaya tanya aku.. heh.. heh..

Terkini keputusan kes pembunuhan Altantunya


TERKINI - Sah penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda akhirnya dibebaskan sementara dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu dua tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi di sini pagi ini.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin sebaik sahaja Abdul Razak, 48, bersama Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, tiba di mahkamah untuk menghadiri prosiding perbicaraan.. sumber BH online

sebutir kata:
Persoalannya disini adalah siapkah pembunuh Altantunya yang sebenar sekiranya kesemua tertuduh dibebaskan.. jawapan yang dinanti oleh majoriti rakyat Malaysia dan tanggungjawab pihak Polis menjelaskannya.. siasatan lagi lah nampaknya.. dan lagi.. dan lagi..

Thursday, October 30, 2008

Fantastic Photography











sebutir kata:
Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya...

Resepi: Kek Coklat Lembap


Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Topping:
250 gm cooking chocolate
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin atau butter.

Cara-cara:
1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.

sebutir kata:
Atas permintaan ramai disini aku sertakan pula resepi kek lembap untuk dicuba.. member antaq melalui email minggu lepas.. dia pesan bawa la mai bagi aku rasa sikit sebagai pengkeras.. heh.. heh..

Silap mata atau mata yang silap?

video
sebutir kata:
Ability may get you to the top, but it takes character to keep you there.
.

Petua: Ubi kayu ubat gastrik

Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang. Dalam perubatan tradisional orang-orang kita, bagi mengatasi sakit ini amat mudah, bahan-bahannya amat mudah diperolehi. Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda). Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih. Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm. Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.

sebutir kata:
Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit. Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.. insyaallah puasa kaum lelaki akan penuh.. heh.. heh..

Macam-Macam: Suami mahu jual isteri berleter


BUCHAREST: Seorang suami Romania yang bosan dengan isteri yang kuat berleter, bertindak mengiklankan 'jualan' isterinya di satu laman web khusus bagi menjual kereta.

Alex Cretu, pada mulanya meletakkan harga isterinya sebanyak £4 juta (RM28 juta) tetapi menurunkannya pada nilai £3,000 (RM21,000) dalam sesi jualan segera.

Iklannya menyatakan: “Perhatian! Isteri untuk dijual. Model (tarikh lahir) 1983, dalam keadaan baik. Pilihan menarik, bentuk badan masih bagus dan dimiliki pemilik kedua. Harga boleh dirundingkan.” - Agensi

sebutir kata:
Dulu bini aku dia syok sangat berletiaq (berleter) pasai ada profesor kangkung mana tak tau buat kajian orang berletiaq tu umurnya panjang.. tapi lepas dia baca posting nie.. gerenti bini aku tak berletiaq lagi dah.. heh.. heh.. Atess..

Pelakon Gerak Khas ditangkap khalwat

KUALA LUMPUR: Pelakon Gerak Khas yang kini rumahtangganya dikatakan sedang retak, pagi tadi ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini.

Tangkapan dilakukan kira-kira jam 2 pagi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), berikutan maklumat orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan tangkapan pasangan itu daripada Jais kira-kira jam 3 pagi.

sebutir kata:
Betullah kata orang tua2.. kalau tak dak angin masakan pohon bergoyang, walaupun berkali penapian telah dibuat.. isk.. isk.. masa nak menikah grand bukan main.. masa bermasaalah pula grand main2..

EPL updates 29th Oct 2008


Manchester United 2 : 0 West Ham
Middlesbrough 2 : 0 Manchester City
Stoke 1 : 0 Sunderland
Arsenal 4 : 4 Tottenham
Aston Villa 3 : 2 Blackburn
Bolton 0 : 1 Everton
Fulham 2 : 0 Wigan
Hull 0 : 3 Chelsea
Liverpool 1 : 0 Portsmouth

sebutir kata:
MU baru nak tunjuk garang,
Liverpool menang bola penalti.
Chelsea dengan Hull boleh la menang,
Arsenal dah letih tak larat lari..

Wednesday, October 29, 2008

Buat semua Ibu









sebutir kata:
Apabila kamu berurusan dengan penuh kasih sayang, kamu telah menyatukan diri kamu diantara satu sama lain dan dengan Pencipta..

Resepi: Rempeyek


Bahan bahan:
  • 2 sudu teh jintan puteh
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 750 ml santan dari 1 setengah biji kelapa.
  • 175 gram tepung beras
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 300 - 350 gram kacang tanah
  • Ikan bilis
Cara membuatnya:
  1. Goreng tanpa minyak jintan puteh dan ketumbar hingga wangi.
  2. Tumbuk atau kisar halus.
  3. Satukan dengan tepung beras, santan dan garam
  4. Sediakan dua kuali, panaskan sedikit minyak didalam kuali leper
  5. Manakala kuali biasa (wok) diisi minyak panas untuk digoreng rendam
  6. Sendukkan sedikit adunan, taburkan kacang dan ikan bilis, tuangkan kedalam kuali leper
  7. Bila sudah kekuningan angkat dan terbalikkan kedalam kuali biasa
  8. Goreng hingga rempeyek keemasan dan kemudian angkat
  9. Sejatkan dengan tuala dapur
  10. Apabila sejuk masukkan kedalam bekas kedap udara
sebutir kata:
Dan akhirnya sebagai hiasan, masukkan sebahagiannya kedalam tupperware untuk dibawa ke ofis keesokan harinya.. heh.. heh..

Bila orang naik minyak

video
sebutir kata:
Bila gajah naik minyak sekurang kurangnya kita dapat mengagak apa patut dilakukan.. tapi kalau orang yang naik minyak.. lu pikir la sendiri.. ok..

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pengawal untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.
.

Jaringkan gol bukan keutamaan saya: Ronaldo


MANCHESTER: Cristiano Ronaldo bertegas dia tidak harus dinilai semata-mata dengan jumlah gol dijaringkannya ketika Manchester United bersiap untuk melayan kunjungan West Ham di Old Trafford.

Pembedahan pergelangan kaki sebelum bermulanya musim kali ini bermakna Ronaldo masih belum menemui aksi memukau yang menyaksikannya menyumbat 42 gol untuk membantu United meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris, musim lalu.

sebutir kata:
Patut pun main ngan Everton korang seri.. main bola tak bermatlamatkan jaringan gol.. ciss.. buat malu je.. teruk aku kena kutuk di tempat keja.. khiak ptuih..

Petua: Atasi lendir bendi


Sayur bendi memang enak dimakan namun masaalahnya sayur ini banyak mengeluarkan lendir yang tidak disenangi ramai terutama anak2. Untuk mengatasi lendir bendi ini, masukkan asam gelugur ke dalam sayur bendi yang di goreng. InsyaAllah lendir bendi dapat dikurangkan.

sebutir kata:
Pihak universiti tempatan sedang mengadakan ujian terakhir menggunakan lendir bendi sebagai minyak pelincir.. diharap setelah berjaya nanti kesemua bendi dipasaran Malaysia akan free dari lendirnya.. sekian..

Pelampau kulit putih rancang bunuh Obama


WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat menahan dua pelampau kulit putih kerana mengancam untuk membunuh calon Presiden daripada parti Demokrat, Barack Obama, dalam rancangan pembunuhan kira-kira 100 warga kulit hitam di negara itu.

Dokumen mahkamah yang disiarkan kelmarin menyatakan dua lelaki itu merancang untuk membunuh 88 orang dan memancung 14 penduduk kulit hitam sebelum melakukan tindakan terakhir, iaitu membunuh Obama yang kini cuba menjadi Presiden kulit hitam pertama Amerika.. BH online..

sebutir kata:
Janganlah ada sesiapa yang terkejut.. disemua negara bangsa manapun akan ada orang berfikiran jumud.. menyelesaikan permasaalahan mereka dengan hanya mengangkat senjata dan membinasa, tanpa rasa belas merentap kebahagian, tanpa fikir jauh memporakperandakan..

Ini yang perlu diakui oleh semua termasuk Amerika sendiri, pelampau ada dimana2 negara tanpa mengira ras bangsa dan agama.. jangan nampak buruknya adalah semata2 Islam saja.. kekuatan media barat satu ketika telah meletakkan Islam jauh benar dari realiti, hampa tak tau tapi buat reti.. khiak ptuih..

Tuesday, October 28, 2008

Basikal drift

video
sebutir kata:
Sapa boleh buat camni, aku tabik spring biar retak dahi tak pa..

Video menggambarkan penunggang basikal professional mendriftkan basikalnya.. Don't try this at home.. heh.. heh..

Fantastic Photography









sebutir kata:
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pengawal untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya...

Playing piano with balls

video
sebutir kata:
Our work is the presentation of our Capabilities..

Kereta Polis kena clamp


sebutir kata:
Nak kongsi satu gamabq lawak yang diterima dari seseorang yang tak dikenali melalui email.. fuh.. keta polis pun dia clamp kalau dah sah letak ditempat yang salah.. nie baru real.. pada kakitangan majlis bandaran yang berani camni, kita ucapkan syabas dan tahniah.. cayalah bro..

Petua: Karipap Lebih Sedap


Adakala karipap yang dibuat terasa keras dan tidak rangup. Ini menyebabkan rasa kurang enak dimakan.

Untuk mengatasi masaalah ini, cairkan mentega yang digunakan terlebih dahulu. Kemudian barulah dicampurkan dengan adunan tepung dan uli seperti biasa. Cara ini menjadikan karipap anda lebih sedap, rangup dan enak.

sebutir kata:
Satu lagi petua yang malaih nak senaraikan diatas adalah..

Cara paling mudahnya untuk dapatkan karipap yang rangup dan sedap ialah pi sendiri beli karipap Tok Enson Spg 3 Kg Kbg Ulu.. gerenti sedap punya.. mesti aku puji punya, mak mentua aku..

Shahidan - debat terbuka secara tertutup


KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata debat terbuka tidak wajar dilaksanakan. Menurutnya, debat tersebut wajar dilakukan secara tertutup yang dihadiri oleh anggota-anggota perwakilan mengikut sayap Umno sahaja.

“Saya tak setuju dengan debat terbuka tapi kalau debat itu diadakan secara tertutup saya setuju,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini..mStar..

sebutir kata:
Satu lagi lawak antarabangsa dari bekas MB Perlis DS Shahidan.. dia nie sejarahnya memang pak lawak, salah isi borang masuk UMNO kot..


Nama pun debat terbuka.. terbuka lah.. pasai apa nak tutup, debat isu orang ramai tapi tertutup untuk yang ahli saja.. takut orang ramai gelak kat hampa ka.. kah.. kah.. takut kena ejek kerana berbuih mulut ka.. heh.. heh..

Monday, October 27, 2008

Air show






sebutir kata:
Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.
. Cucilah hati..
Related Posts with Thumbnails