Sahabat adalah perisai diri

Sunday, November 30, 2008

Resepi: Kari Ketam Tumis Darat


Bahan-bahan :

6 ekor ketam
3 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 1 inci halia.. ditumbuk lumat
Satu paket Rempah Kari..
Air secukupnya
Santan pekat
Sekeping asam gelugur
Garam secukup rasa
Beberapa hirisan nenas, dimasukkan kemudian sedikit

Bahan2 untuk ditumis garing :

Sedikit minyak masak untuk menumis
2 biji bwg merah, dimayang
2 biji bwg putih, dimayang
5 tangkai cili kering, di potong dua
3 pelepah daun kari, dilurut
2 sudu besar rempah halba campur

Cara-cara :
  1. Campurkan semua ketam, bahan2 tumbuk, air, rempah kari dalam periuk dan didihkan.
  2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam secukup rasa.
  3. Sementara masakan mendidih, boleh lah sediakan bahan2 tumis.
  4. Setelah garing ditumis, masukkan kesemuanya ke dalam masakan kari tadi. Kacau sebentar.
  5. Tutup kuali dan padamkan api.
sebutir kata:
Kalau jumpa nie aku selalunya tarik pun tak jalan oo.. Jadi paham2 lah nooo... tak yah bagitau dua tiga kali.. antaq mai barang semangkok dua.. heh.. heh..

Kerusi Parlimen K Terengganu milik PAS


PKR sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terenggganu. Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pimpinan tertinggi PKR dalam mesyuaratnya semalam menetapkan sedia memberi peluang kepada rakannya dalam pakatan pembangkang itu.

"Malam kelmarin, PKR adakan mesyuarat khas. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mengambil ketetapan kerusi (Parlimen ) ini (Kuala Terengganu) secara tradisinya milik teman kita, PAS, " katanya di Kongres Nasional Tahunan PKR di sini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong kerana penyandangnya sebelum ini iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.

sebutir kata:
Kematian Datuk Razali Ismail adalah ketentuan Allah jua.. Alfatihah..

Ini menandakan pilihanraya kecil bakal diistiharkan bila2 masa saja di Parlimen KT nie.. ada suara2 meminta Datuk Wan Mutallib Embong dipilih sebagai calon PAS nanti dan ada juga yang masih rindukan suara Bang Mad Sabu diParlimen.. walau siapapun.. pertarungan pasti sengit dan peluang PR menambah satu lagi kerusi Parlimen adalah cerah.. peluang org kampong buat duit pun cerah.. heh.. heh..

PPP akan keluar BN jika ISA tak dipinda


KUALA LUMPUR: Parti Progresif Rakyat (PPP) akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang, kata Presiden parti, Datuk M Kayveas.

"Saya harus mengikut apa yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian Wanita dan Pemuda (PPP) kepada PPP dan mereka mahu ISA dimansuhkan.

sebutir kata:
Walaupun aku tak suka berpolitik cara ugutan camnie.. tapi kekadangnya BN nie kena buat camtu kut.. terutama sekali bila depa dah lemah dan dekat nak abih umur nie.. heh.. heh.. ISA tu akta kejam.. patutnya dah lama diharamkan.. aku sokong tuh.. undang2 rimba saja yang izinkan rakyat ditahan tanpa bicara.. isk.. isk..

Errr... PPP nie parti apa ha? errr parti tupperware ka? BN tau ke yang depa ada parti nama PPP.. heh.. heh..

Ariff Shah sertai PKR?


SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau bagaimanapun turut tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif ke PKR kerana kecewa dengan penyokong Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

sebutir kata:
Walaupun ini hanya rumours.. masih belum terbukti.. tapi dah cukup buatkan depa tak senang duduk.. Arif Shah pun punya banyak penyokong terutama di Sbg Jaya.. adakah bertambah satu lagi kerusi Adun dipihak PR Penang.. tunggguuu...

Zaid perlu beri penjelasan


KOTA KINABALU: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim (gambar) mesti memberi penjelasan berhubung kehadirannya pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam semalam, kepada Lembaga Disiplin Umno sebelum tindakan dikenakan terhadapnya.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran Zaid pada kongres berkenaan bukanlah kali pertama beliau menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada Umno.

"Kehadirannya dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang tidak masuk akal. Ini (kehadiran Zaid) dilihat seperti memberi sokongan moral kepada pembangkang.

sebutir kata:
Sudah terang lagi bersuluh.. heh.. heh.. Datuk Mohd Zaid Ibrahim adalah bekas menteri yang jaga undang2 dibawah kabinet Pak Lah, telah hadir bersama sama Datuk Yong Teck Lee.. baru tengok Zaid datang beri sokongan atas dasar persaudaraan sesama Islam.. salah ka..? takkan camtu pun dah ketaq dah..

Tukang urut siam


sebutir kata:
Bolehkan Inul, haramkan Yoga..
Terkejut beruk bangsa Melayu..
Kalau hangpa semua tak percaya..
Mai la cuba try test dulu..
Kah.. kah.. kah..

Japanese weird houses






sebutir kata:
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."

(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Saturday, November 29, 2008

One wheel bike




sebutir kata:
Ability may get you to the top, but it takes character to keep you there. (John Wooden)

Siapa 'Raja Manchester'


LONDON: Bintang Manchester United, Wayne Rooney sudah 'meningkatkan saham pertarungan' bagi pertembungan pasukan tetangga menentang Manchester City, esok sambil menolak tanggapan kelab lawan yang kaya itu mampu menyisihkan juara bertahan itu daripada kedudukan mereka tidak lama lagi.

Pertembungan itu bakal mengundang tarikan apatah lagi penyerang City dari Brazil, Robinho dijangka akan pulang daripada kecederaan untuk hadir di gelanggang bagi perlawanan pasukan tetangga pertama menentang United.

sebutir kata:
Pertembungan pasti menarik, esok menjadi yang pertama sejak City dibantu untuk menyertai kelab terkaya selepas diambil alih jutawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan. Adakah wang bakal mengatasi kesungguhan MU nanti..

The dirty side of football


sebutir kata:
Majulah sukan untuk negara.. heh.. heh..

Petua: Tercekik tulang ikan


Terlekat tulang ikan?

"Tercekik" atau "terlekat" tulang ikan mempunyai natijah yang sama iaitu rasa tidak selesa, terganggu dan sakit pada kerongkong terutama apabila kita menelan air liur secara sedar.

Caranya cukup mudah, Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah.

sebutir kata:
Petua ulung kalau tak nak tercekik tulang ikan ialah jangan mencekik (buruk lantak la) macam seminggu tak jumpa makan..

Friday, November 28, 2008

Spiderman just married


sebutir kata:
Superhero dah kahwin..? heh.. heh..
Nasib baik bini aku tak paksa aku pakai camni pi shopping.. tak dak keja betul mangkok nie.. takut orang kenai muka kaki skodeng kot..

Kangaroo


sebutir kata:
Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Hendaklah kamu bersifat benar, sesungguhnya benar itu membawa kepada syurga. Seseorang itu sentiasa bersifat benar dan berusaha untuk berlaku benar pada setiap ketika sehingga tertulis namanya di sisi Allah sebagai orang yang benar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hari Raya Haji 8 Dis.


KUALA LUMPUR - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah semalam mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

sebutir kata:
Selamat hari raya korban dan selamat berkorban jugak.. korbankan amalan yang buruk dan gantikan dengan yang baik even yang buruk tu lah susah kite nak tinggal..

Surprisingly I didn't know this !!


WHO KNEW THIS???

I have been driving for nearly 20 years.. I would think I should have noticed the little secret on my dashboard that was staring me in the face the whole time.. I didn't.. and I bet you didn't either..

Have you ever rented or borrowed a car and when arriving at the gas station wondered.. mmm, which side is the gas filler cap?
My normal solution was to stick my head out the window, strain my neck and look, try to see in the side mirrors or even get out of the car!
Well ladies and gentlemen, I'm going to share with you my little secret so you will no longer look like Ace Ventura on your way to the gas station or put your neck at risk of discomfort or injury.

If you look at your gas gauge, you will see a small icon of a gas pump?
The handle of the gas pump will extend out on either the left or right side of the gas pump?
If your tank is on the left, the handle will be on the left? If your tank is on the right, the handle will be on the right (see photo). It is that simple!

sebutir kata:
Don't feel dumb, just go out and share the world's best kept auto secret with your friends. Donno if this applies to Malaysian Car's lah ?! Who knew this..?

Thursday, November 27, 2008

18 tahun penjara kes dera Nirmala


Surirumah Yim Pek Ha dihukum 18 tahun penjara selepas didapati bersalah mencederakan dengan parah pembantu rumahnya Nirmala Bonat empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Akhtar Tahir mendapati Yim bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.

Tertuduh menghadapi tiga pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk terhadap Nirmala menggunakan seterika dan air panas, di 33B-26-6 Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.

sebutir kata:
Elok elok duduk di rumah bersama anak2 dan keluarga., tetiba hidup dalam sangkar.
18 tahun satu jangka masa yang panjang dan membosankan.. penuh debaran dan paling menyeksakan.

Sewaktu melakukan kezaliman dan penginayaan, macam mana perasaan agaknya. Gagah kuat dan terasa begitu berkuasa, lupa peraturan undang2, bersikap biadap sesama manusia.. mari kita ambil iktibar daripadanya..

Michael Jackson's make up









sebutir kata:
Gaya salah seorang peminat setia Mikaeel mengenakan makeup ala Michael Jackson..

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki. Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.. Alhamdulillah.. berita baik buat dunia Islam sekiranya sesuatu itu dibuat tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana yang lain dari kerana Allah s.w.t

Jerry West the legend (NBA)


sebutir kata:
Do what you can, with what you have, where you are..

Cheodore Roosevelt

Signboard diAceh.. ada berani ka..?



sebutir kata:
Kena buat proposal kat pejabat agama di malaysia nie, baru ada kesan.. Semua hotel, pusat hiburan dan tempat sekodeng pun wajib ada.. etc.. barulah maksiat "SIFAR". Dah tentu artis2 akan schedule meeting hanya waktu siang aje bukan pukul 2 pagi...he..he... Barulah kaum ibu rasa terselamat!!!!

Credit to Sdr Amir Jamal untuk informasi diatas..

Wednesday, November 26, 2008

Shoe 3 in 1




sebutir kata:
Firman Allah yang bermaksud: “Berpegang teguhlah kepada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kamu.” (Surah Ali-Imran, ayat 103)

Kita beri laluan pada iklan


sebutir kata:
“I do not agree with what you have to say, but I’ll defend to the death your right to say it.”

Asid benzoik tinggi dalam mi


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam mendedahkan terdapat mi kuning dan kuetiau yang dijual dalam pasaran mengandungi kandungan asid benzoik yang tinggi. Kandungan tinggi bahan itu boleh mendedahkan pengguna dengan penyakit asma, rhinitis dan urticaria selain dikaitkan dengan keadaan hiper aktif di kalangan kanak-kanak.

sebutir kata:
Malaysiaku yang permai..
Niaga bahan yang memudaratkan kesihatan..
Ada juga yang diragui kesucian..
Dunia kapitalis penuh penipuan..
Mana ada tanggungjawab sosial kalian..
Puak pemodal bermaharajalela mengaut keuntungan..
Tanpa peduli rakyat kebanyakan..
Ha.. makan.. jemput makan.. heh.. heh..
Mee kuah Cherok Tok Kun.. sedap ooo..

Transparent screen by APPLE






sebutir kata:
Fuyooo.. canggih ooo.. Bagai mengaharap BN hapuskan ISA kalaulah aku harapkan company aku free giftkan notebook nie sorang satu.. kah.. kah.. kah..

"Air setitik jangan dilautkan, tanah sekepal jangan digunungkan.
."
Pesan Bonda..

Tuesday, November 25, 2008

Flight Bangladesh to Kuala Lumpur


sebutir kata:
Tengok gaya seat belt macam keta, tengok tingkap ngan kerusi macam dalam flight.. errr ada sesapa boleh bagitau.. heh.. heh.. tak baik oo gelak kat orang.. senyum2 sudah.. sendiri mau ingat..

New Nissan Skyline GTR






sebutir kata:
Sesuai buat penjual pulut udang sambilan dipasar malam Desa Murni selain boleh bawa Cik Kiah siar2 sekitar IWK selepas noreh.. heh.. heh.. tq buat Armie

Anak badak ditelan ular


sebutir kata:
'Treat the earth well. It was not given to you by your parents. It was loaned to you by your children".

- Kenyan Proverb

World longest escalator






sebutir kata:
Contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.

Monday, November 24, 2008

Resepi: Udang wangi


Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan ditumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai daun kari
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
  2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
  3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
  4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan hidang.
sebutir kata:
Udang sepetimana kebanyakan kita percaya akan mengakibatkan gatal2 kulit apabila memakannya.. untuk mengelak dari kegatalan yang berlebihan.. heh.. heh.. bawakan lah aku satu tupperware bila saja sesudah masak.. nescaya kegatalan tak jadi menggatal.. heh.. heh..
Related Posts with Thumbnails