Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, December 31, 2008

Resepi: Ayam Celup Tepung

BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ayam
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam dan lada sulah
1 sudu besar bijan

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Bancuh tepung dengan telur, garam dan lada sulah.
  2. Taburkan bijan.
  3. Tuangkan sedikit air, Celupkan ayam,
  4. Goreng hingga garing.
sebutir kata:
Ringkas dan sedap.. nampak pun menyelerakan terutama sekali time lapaq.. heh.. heh..

Video: Pompuan kuat giler

video
sebutir kata:
Bini aku marah aku nak tulih lebih pasai dia nie.. so.. no comment.. heh.. heh..

Employee of the month

This is the level of dedication the company expects from all staff - keep up the good work!!



Employee of the month....





sebutir kata:
Email yang dia antaq tu tak berbau ke... yarkker...

Tuesday, December 30, 2008

Resepi: Kek Kukus Arab


BAHAN A:
480 gm mentega
150 gm susu pekat manis
50 gm kaya

BAHAN B:
10 biji telur gred A
250 gm gula kasar

BAHAN C:
250 gm tepung gandum
2 sudu besar horlicks
2 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar soda bikarbonat

BAHAN D:
350 gm buah kurma (cincang kasar)
350 gm buah prun (cincang kasar)
8 sudu browning
100 ml UHT krim putar

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu.
  2. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan B hingga kembang.
  3. Ayak bahan C kecuali horlicks dan masukkan ke dalam bancuhan B dan pukul hingga kembang.
  4. Akhir sekali, satukan bahan A dan D. Masukkan ke dalam acuan 8 inci x 8 inci x 3 inci.
  5. Tutup dengan alumunium foil dan kukus selama empat jam dengan api yang perlahan.
sebutir kata:
Hitam hitam sitampuk manggis..
Walaupun hitam rasanya manis.. heh.. heh.. selamat mencuba..

Video: Lion attacks hunters

video
sebutir kata:
Tindakbalas singa mempertahankan diri bila rasa terancam.. pemburu cuba memerangkap singa setelah dikatakan telah membunuh dua mangsa sebelum ini.. wallahualam..

Tak Un Tung


sebutir kata:
Disebabkan namanya, kedai ini telah gulung tikar setelah sebulan setengah mulakan perniagaan... sapa kata nama tak main peranan.. heh.. heh..

Monday, December 29, 2008

2/3 kaum Adam obes


Satu kajian baru yang melibatkan lebih 14,000 peserta dari 10 negeri di Amerika mendapati, pengambilan makanan berdaging adalah lebih tinggi di kalangan lelaki. Kaji selidik turut mendedahkan wanita mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka.

Piza beku, burger beku dan makanan-makanan Mexico adalah antara makanan pilihan kaum lelaki. Pun begitu, mereka masih cenderung mengambil sayuran seperti asparagus, brussel, kacang pea, kacang tanah dan pucuk-pucuk sayur. Selain itu, lelaki juga lebih gemar mengambil makanan stik yang tidak masak sepenuhnya, burger dan makanan bertelur. Makanan-makanan ini biasanya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi dan berpotensi membuatkan anda jatuh sakit.

Wanita sebaliknya lebih kerap mengambil tunas-tunas alfalfa mentah yang pernah dikaitkan dengan keracunan makanan kira-kira 15 tahun lalu. Memang jelas mereka mempunyai tahap keutamaan dan keadaan berbeza yang mempengaruhi tabiat pemakanan dan nutrisi mereka.

Pakar diet bertauliah, Dr. Chris Mohr berkata: "Saban kali dalam sesuatu masyarakat, kita sering terlebih makan tetapi masih tidak memperoleh nutrisi mencukupi."

"Pengambilan nutrien yang betul sememangnya boleh memberi kesan kepada perasaan, tahap tenaga dan mengurangkan risiko mendapat penyakit sepanjang hidup anda. Berikan perhatian kepada sayuran dan buah-buahan termasuk makanan tinggi serat dan lemak omega-3 adalah penting untuk mengoptimumkan kesihatan dan kecergasan anda."

Sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk badan. Vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang mampu membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser, penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jadi, mengapa lelaki memerlukan hidangan sayuran dan buah-buahan yang lebih banyak berbanding golongan Hawa?
  • Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Malah, lelaki juga mencatatkan kadar kematian lebih tinggi untuk sesetengah jenis penyakit berbanding wanita.
  • Lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung mendapat kanser paru-paru, satu kali ganda memperoleh penyakit jantung dan kanser kolorektal.
Oleh itu, biarpun sebab utama lelaki lebih cenderung memakan asparagus berbanding wanita belum dapat dijelaskan, sekurang-kurangnya kajian ini membawa satu mesej penting. Lelaki mungkin perlu mengubah gaya pemakanan mereka mulai hari ini.

sebutir kata:
Bukan nak takut kan kaum Adam.. buat apa nak takut.. in fact the above study done in US bukannya Malaysia.. jadi kaum Adam diMalaysia boleh lah teruskan tabiat buruk lantak korang tu.. heh.. heh.. Islam ajar bersederhana.. tapi aku gerenti kita di Malaysia terkecuali..

Errr.. mak aku kata.. tak dak orang Malaysia mati kurang makan.. belambak mati pasai terlebih makan.. korang pikiaq la sendiri ok..

Video: Laughter chain

video
sebutir kata:
Gelak guling guling lantai tengok video nie.. lawak giler..

Two suicides at a time!!! How sad

Pehhhhhhhhh......



Tooooooooooooooooooo unfortunate!!!!



V




sebutir kata:
Difahamkan, mamat tu lah yang tolong tiupkan belon untuk ikan yang dikategorikan sebagai segan nak bernyawa tuh.. heh.. heh..

Sunday, December 28, 2008

Resepi: Tilapia bersos


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tilapia (goreng garing)
1 tangkai daun kari
5 tangkai cili merah (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil air sotong (botol)
3 ulas bawang merah (cincang)
4 cm halia muda (cincang)

CARA MENYEDIKAN:
  1. Panaskan minyak, dan tumis kesemua bahan cincang dan daun kari sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan sos, serbuk lada putih dan air sotong.
  3. Bubuhkan sedikit gula dan air sotong serta sos tiram.
  4. Tuangkan sedikit air (suku cawan).
  5. Biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat dan tuangkan ke atas ikan.
sebutir kata:
Pastikan ikan Tilapia digosok gigi agar nampak sopan tika menyeringai dalam pinggan semasa sajian.. heh.. heh. selamat mencuba..

Video: Together we fly

video
sebutir kata:
Syahdu betul tengok video nie.. layaaann..

Ability may get you to the top, but it takes character to keep you there.
(John Wooden)

Gajah dalam cawan


SUATU HARI SEORANG LELAKI SEDANG MINUM DI SEBUAH KEDAI KOPI MAMAK.

Tiba2 lelaki tu terkejut lalu memanggil mamak.

Mamak dengan pantas tiba dimeja lelaki. "Hei... mamak mengapa dalam kopi aku ni ada lalat?

"Mamak terkebil-kebil lalu menjawab.. "Awak bayar harga secawan kopi satu ringgit lima puluh sen saja, takkan awak mahu gajah pulak dalam cawan awak!".Lelaki tu garu kepala... ..serba salah..

sebutir kata:
Layak saja dijawab ngan penampar nie...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H





Selamat menyambut Awal Muharram 1430H, buat semua pengunjung..

Doa akhir tahun yang afdalnya dibaca selepas solat Asar..


Doa awal tahun yang afdalnya dibaca selepas solat Maghrib..

sebutir kata:
Soal kejelasan niat dalam sesuatu tindakan adalah rukun utama bagi segala gerakerja. Setelah akidah seseorang itu selamat dan sejahtera, Islam meletakkan syarat utama bagi setiap amalannya pula adalah niat yang betul. Nabi s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saturday, December 27, 2008

Resepi: Daging Rendang Merah Utara


BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
20 tangkai cili kering (kisar)
2 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu besar lengkuas (kisar)
2 sudu kecil jintan manis (kisar)
2 sudu kecil ketumbar (kisar)
2 sudu besar sos tomato Sedikit gula

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Daging dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu hingga empuk. Kemudian tuskan dan ketepikan.
  2. Selepas itu panaskan minyak dalam kuali, masukkan semua bahan kisar.
  3. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak dan barulah masukkan gula, garam, sos tomato dan daging.
  4. Masak untuk selama 10 minit dan agak-agak dah kering dan pekat, matikan api.
sebutir kata:
Fuyoo.. nampak mengancam.. terus rasa lapaq..

Video: Kuda melawak bila mabuk

video
sebutir kata:
Moral of the story.. even kuda pun tak siuman bila dah mabuk.. tks to Adha for the above video..

MU menang lewat - EPL updates


LONDON – Gol tunggal Carlos Tevez berjaya menyelamatkan Manchester United daripada dimalukan Stoke City apabila skuad Red Devils itu menang 1-0 dalam aksi Liga Perdana England semalam. Jaringan tersebut berpunca hasil hantaran penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov tujuh minit sebelum perlawanan berakhir.

Keputusan penuh:
Stoke City 0 - 1 Man United
Portsmouth 1 - 4 West Ham
Chelsea 2 - 0 West Brom
Tottenham 0 - 0 Fulham
Wigan 2 - 1 New Castle
Liverpool 3 - 0 Bolton
Man City 5 - 1 Hull City
Middlesboro 0 - 1 Everton
Sunderland 0 - 0 Blackburn
Aston Villa 2 - 2 Arsenal

sebutir kata:
Bintang MU letih saing publisiti..
Chelsea, Liverpool gagah tempat sendiri..
Lawan pulak budak sekolah lagi..
Sori Arsenal korang pulak seri.. heh.. heh..

Sori la Adha.. err ada apa2 nak komen ke.. heh.. heh..

Santa Claus amuk, lapan terbunuh

LOS ANGELES - Seramai lapan orang terbunuh selepas seorang lelaki yang memakai kostum Santa Klaus mengamuk di rumah bekas mertuanya, kata para pegawai semalam.

Lelaki tersebut, Bruce Pardo, 45, mengetuk pintu rumah keluarga bekas isterinya di Covina di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) kelmarin sebelum melepaskan tembakan rambang. Seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun yang membuka pintu itu ditembak pada bahagian muka diikuti ke arah tetamu dengan menggunakan pistol separuh automatik. Setelah semua tetamu melarikan diri, lelaki itu membakar rumah tersebut dengan melontar sejenis bom buatan sendiri sebelum menghilangkan diri.

sebutir kata:
Kita tak leh lagi bermegah katakan Amuk tu hanya untuk Melayu saja.. ianya kini dikongsi semua bangsa dunia.. errrr selamat mengamuk.. heh.. heh..

Janganlah ada sesiapa katakan keganasan itu hak mutlak orang2 Islam.. ia juga boleh dikongsi semua agama didunia.. dengan keadaaan ekonomi dunia merudum.. zaman kapitalis mengganas sudah kian lupus.. sekarang giliran mangsa keganasan kapitalis pulak mengganas.. errrr selamat mengganas.. heh.. heh..

MP Kapar keluar PKR minggu ini?


Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, "kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras."

Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini. "Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini.

"Keputusan ini memang satu tindakan yang keras... ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti," kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.

sebutir kata:
Pengajaran penting buat PR:
1) Cari calon yang berprinsip, cakap pandai tak guna kalau prinsip boleh digadai..
2) Too open, diluar kawalan.. boleh buat sesuka hati menipu pengundi..
3) Pengundi dah percaya.. kesungguhan tak sampai kemana..
4) Apa lagi boleh dikata kalau dah ketua umum pun tak dihormati..
5) Terpenting sekali.. hangpa boleh perintah Malaysia ka kalau dok bercelaru camnie..

Eiii geram aku dengar camnie..

Mee Vs Bihun


Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan disupermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun seringmempersendaka n mee di depan umum,

"Dasar si kuning gemuk… ingat orang suka sangat kat dialah tu!"

Hari-hari berlalu.. namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. Bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dan berteriak;

"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

sebutir kata:
Baru aku tau teknik rebonding nie asai dia dari spaghetti.. heh.. heh..

Friday, December 26, 2008

Resepi: Puding Sagu Warna Warni


BAHAN-BAHAN:
100 gm sagu (rebus dan bahagikan kepada 3 warna)
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
130 gm gula kastor
350 ml santan
450 ml air 1 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam halus

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Masak agar-agar, gula dan daun pandan sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan santan, garam dan air.Apabila hampir pekat tuangkan ke dalam acuan dan hiaskan dengan sagu warna- warni tadi.
sebutir kata:
Boleh tahan sedapnya.. tapi atas tangan yang buat gak la.. simple gilerr.. cubalah...

Video: Ragam peminat bolasepak 3

video
sebutir kata:
Kah.. kah.. gelak guling2 aku tengok video nie.. heh.. heh.. lawak betoi.. moralnya.. jangan on kan kipas masa tonton bola.. biaq suasana bilik tu sama berbahangnya seperti distadium heh.. heh.. tks to Adha for the above video..

Melintas jalan


Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

"Fasal apa adik menangis", tanya Radhi.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong", pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi, Radhi dan Khalid hanya menggelengkan kepala.. rasa ringan kepala lutut..

sebutir kata:
Budak2 sekarang memang camnie.. bendul tak bertempat..

Thursday, December 25, 2008

Majlis perkahwinan anak2 Hj Sidek


Jam 2.00 petang.. baru sampai kerumah kenduri Haji Sidek di Bukit Kechil, Juru, Bukit Mertajam Pulau Pinang..


Meriah dengan sanak saudara.. alhamdulillah cuaca mengizinkan kita menyerikan majlis sahabat lama.


Letih dengan persiapan hari bahagia anak2 kot.. heh.. heh..


Senyumlah sikit bang.. baru jam 2.00 takan dah letih senyum kot..


Bisik ape tue.. sampai merah muka..


Menu ala kadar tapi sedap dan menyelerakan..


Makan time..


Rasa macam lambat sangat nasi sampai.. heh.. heh..

sebutir kata:
Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua dua mempelai.. selamat menempuhi alam berumahtangga yang penuh gelora dan pancaroba.. sehari suntuk kita dirai oleh sanak saudara.. tapi ingatlah..

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama..
Related Posts with Thumbnails