Sahabat adalah perisai diri

Thursday, December 31, 2009

Ikan emas lutsinar


GAMBAR bertarikh 7 Disember lalu menunjukkan ikan emas lutsinar yang dihasilkan penyelidik Jepun.

TOKYO - Para penyelidik Jepun berjaya menghasilkan ikan emas lutsinar yang membolehkan orang ramai melihat hati haiwan itu.

"Anda boleh melihat hati dan organ-organ lain secara langsung kerana sisik dan kulit ikan ini tiada pigmen," kata Profesor Madya Yutaka Tamaru dari Jabatan Sains Hidupan, Universiti Mie.

"Anda tidak perlu membedah ikan itu (untuk melihat isinya). Anda boleh melihat otak kecil di atas mata ikan tersebut," jelasnya.

Sekumpulan penyelidik Universiti Mie dan Universiti Nagoya di tengah Jepun melakukan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan ikan itu.

Ikan itu dijangka mampu hidup sehingga 20 tahun dan membesar sepanjang 25 sentimeter dengan berat lebih dua kilogram.

Ia dihasilkan dengan memilih ikan emas mutan yang mempunyai kulit pucat dan membiaknya bersama-sama. - AFP (sumber)

Wednesday, December 30, 2009

Aishwarya Rai and her boyfriend

Aku seperti mana kebanyakan kawan Melayu aku yang lainnya, tak tau sejak bila aku memula meminati artis bollywood nih. Sedar sedar dah agak sebati ngan bangsa yang kerap kali menukar baju bila menyanyi nih.

Salah sorang yang membuat kita ternganga ngan kecantikannya tentulah Aishwarya Rai..







Amacam... eksklusif dak ngan pendedahan nih, Aishwarya Rai ngan boyfriend dia... hihi...

Teringin gak nak tengok gambar DS Rosmah Mansor, isteri Piem masa kekecik dulu... hihi..

Khasiat buah pisang


Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan! (Sumber: Cina Islam)

Tuesday, December 29, 2009

Petua: Cegah ulat


Cegah Ulat:

Ramai orang menggunakan bahan baja, racun atau ubat ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Selain dari berbau, ia juga dikhuatir memudaratkan kesihatan. Berikut adalah sedikit petua dari orang orang tua bagi mencegah serangan ulat pada tumbuhan kita.

Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok pokok kita. Insyaallah, berkesan.

Selamat mencuba...

Monday, December 21, 2009

Video: Kepala kreatif


Amat sesuai buat sesapa yang memalu nak buat side parking.. enjiniar kat proton ngan produa tak hingin nak venture dan perkenal model baru ni ka?

Wednesday, December 16, 2009

Tertinggi dan terkecil






Pertemuan bersejarah nih.. gambar lama terjumpa dalam email... post aje lah daripada tak dak apa...

Melayu kena belajaq ni

Hebatnya cara Cina berniaga

Bangsa Cina memang kita tabik la kepetahan mereka dalam bisnes nih.

Jangan tengok apa yang depa jual. Memang kalau ikut depa, apa saja yang dikehendaki orang, itu lubang buat duit. Ada saja permintaan, bermakna bisnes dah ada. Haram dan halal mana ada masa nak pi check dah. Yang penting bisnes, dan bisnes mesti kena untung.

Macam aku kata tadi la, jangan tengok apa yang depa bisnes kan. Tapi tengok macamana bisnes depa dijalankan. Kelicikan depa langsung tak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Bayangkan, pihak berkenaan hanya mampu dan pandai keluarkan berapa lama dah perniagaan haram tu dijalankan tapi tak dapat dalangnya. Lima tahun beb. Selama lima tahun mesti ada pegawai kerajaan yang dah kaya kerana bisnes nih. Mesti ada orang tengah yang senang lenang ngan hasil dagangan nih.

Ini yang sebenarnya Melayu terutamanya kena belajar dari bangsa Cina selok belok berniaga diMalaysia nih. Kena pandai cari lubang, cipta lubang dan tutup lubang. Kena pandai cari kebel, cipta kebel dan kayakan kebel.


JUAL BAYI: Lian Kim Wan dan dua anak perempuannya, Ang Bee Ling (tengah) dan Ang Bee Churn (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tiga tuduhan memperdagangkan tiga bayi perempuan berumur sehari yang dilahirkan tiga warga asing bagi tujuan dieksploitasi. Ketiga-tiga mereka dikatakan terbabit dalam sindiket menjual bayi yang beroperasi lebih lima tahun di Banting, Klang dan Kajang, Selangor. - Foto Che Rani Che Din

sumber: (saba)

Sunday, December 13, 2009

Hujan meteor

Hujan meteor geminid hiasi langit awal pagi 13 & 14 Disember 2009

Hujan meteor menghiasi pusat kaji bintang Beijing, China pada 1998. Fenomena serupa dijangka berlaku pada esok atau Isnin jika melihat ke arah sebelah timur terutama awal pagi.

Oleh RAMLI ABDUL SAMAD

Satu daripada fenomena cakerawala menarik sepanjang tahun ini ialah hujan meteor geminid. Meteor adalah tahi bintang. Tahi bintang boleh kelihatan saban malam ketika ruang angkasa tidak dilindungi awan atau diganggu oleh cahaya lampu.

Tahi bintang ini kelihatan sekali sekala, tidak kelihatan seperti datang menurun dalam jumlah yang banyak. Jika anda ingin melihat tahi bintang dalam jumlah yang banyak, buatlah perancangan dan persediaan pada awal pagi esok atau Isnin ini sekitar jam 2 pagi hingga ke fajar menyinsing.

Itulah waktu kemuncak hujan meteor geminid yang pasti akan berlaku seperti diduga oleh ilmuwan astronomi. Di seluruh dunia, berjuta-juta peminat astronomi sama ada di kalangan amatur atau profesional akan turut mendongak ke langit ke arah Timur menghadap gugusan Gemini bagi menyaksikan satu sajian alam semesta yang menawan ini.

Tahi bintang geminid boleh dilihat di pelosok mana saja, dari kedua-dua hemisfera selatan dan utara dunia. Sebenarnya meteor geminid sudah boleh kelihatan mulai selesai waktu senja tetapi kekerapannya atau pesta tahi bintang geminid akan berlaku selepas tengah malam dan memuncak pada waktu pagi.

Pada awal pagi, tarikh berkenaan dijangkakan kita boleh melihat sekurang-kurangnya 100 tahi bintang dalam tempoh waktu sejam. Fenomena ini bagaikan menghiasi ruang langit yang gelap itu. Ia kelihatan indah dan fenomena ini dikatakan sebagai suatu sajian cakerawala paling menarik bagi menutup tirai fenomena astronomi untuk 2009.

Kita akan dihidangkan satu pertunjukan bola api kecil yang menyeberangi langit. Bagi tahun ini ia berlaku ketika anak bulan belum muncul, bererti tiada sinaran bulan yang boleh menjejas penglihatan kita terhadap fenomena itu.

Tahun lalu, kemuncak hujan meteor geminid terjadi pada saat serentak purnama penuh. Sajian hujan meteor geminid ini akan mengatasi hujan meteor perseid dan leonid yang berlaku masing-masing pada Ogos dan November lalu.

Apa yang sebenarnya berlaku tatkala fenomena ini? Apabila bumi berputar dan menghadap buruj Gemini, maka akan kelihatan tahi bintang turun bagaikan hujan yang terang lagi jelas seakan-akan bersumber daripada gugusan itu, lantas namanya meteor geminid.

Tahi bintang berupa kerlipan cahaya yang terang itu berhayat tidak sampai dua saat. Ia bergerak dengan kelajuan sekitar 35 kilometer sesaat. Kelajuan meteor geminid menembusi atmosfera bumi dikategorikan sebagai meteor yang berkelajuan sederhana.

Jika tahi bintang itu sampai ke daratan bumi, ia menjadi meteorit. Jika kita halusi cahaya meteor geminid terpantas, ia kelihatan berwarna kuning dan biasanya pula berwarna kebiruan. Jaluran cahaya itu adalah akibat serpihan daripada objek langit, digelar 3200 phaethon, juga dinamakan sebagai komet purba yang sudah mati memasuki atmosfera bumi.

Pergeseran itu menyebabkan terjadinya jaluran cahaya di angkasa bumi. Serpihan itu yang terdiri daripada ais atau debu tidak tahan lama. Ia terbakar dan meninggalkan kesan jalur cahaya yang indah dilihat.

Meteor geminid dikesan sejak 150 tahun dulu dan dipercayai setiap tahun ia akan bertambah jelas dengan syarat cuaca ketika melihatnya adalah gelap gelita. Pada tahun ini, objek 3200 Phaethon berada pada jarak 18 juta kilometer dari bumi, jarak terdekat pernah ia hampiri. Objek langit 3200 Phaethon adalah sebesar saiz bumi.

Jadi bersedialah menunggu detik awal pagi 13 dan 14 Disember ini. Pada waktu itu nanti, hujan meteor geminid pasti terjadi. Hujan meteor geminid adalah peristiwa yang terjadi setiap tahun dan dianggap paling memberikan pertunjukan yang memuaskan.

Jika ditakdirkan malam 12 Disember hingga Isnin ini bercuaca baik, maka anda boleh melihat hujan meteor geminid dan menikmati pengalaman bahawa anda benar-benar melihat hujan meteor.

- BERITA HARIAN

Sunday, December 6, 2009

Video: Kejutan elektrik, ngeri ooo


Video diemelkan beberapa bulan dulu, saja aku tak masukkan sebab kekadang tu rasa ngeri gak.. kepada sesapa yang ada kencing manis tu tak payah tengok la, takut gula naik rega.. ngeee...

Thursday, December 3, 2009

Jalanraya ajaib








Rupa bumi yang pelbagai telah mencabar daya kreativiti manusia merekacipta rupa jalanraya yang pelbagai bentuk ini...

Tuesday, December 1, 2009

Video: Elephant birth


Video yang berjaya meruntun naluri keibuan kita.. yang tak dapat digambarkan dengan kata kata.. terima kasih buat Haslina diatas kiriman video yang amat menyentuh perasaan ini.. layannn...

Maha besar Allah yang mencipta sesuatu dengan kelebihan memasing, tak yah pakai tok bidan pun. Walaupun kelihatannya agak kasar, namun kita dapat rasakan tautan kasih sayang yang maha agung antara ibu dan si anak yang baru dilahirkan, walaupun kita bukan gajah.. heh.. heh..

Thursday, November 26, 2009

Qurbani


Korban satu Ibadah, tapi kalau tak kena gayanya membawa padah.

Ibadah korban meruntun diri dari ketinggian. Meruntun hati dari keegoan. Merentap jiwa pada kasih sayang. Jomlah korban.

Tapi jangan bergaduh berlawan, kerana berebut korban idaman. Jangan tamak haloba, ibadah tidak perlu diserta dosa. Jangan ada tak puas hati, bukan hati yang perlu dipuaskan, tapi keikhlasan diutamakan. Jangan mengeji, kekurangan itu adat pada insani. Jangan cemburu kalau lembu orang lebih sedap dipandang. Jangan iri tompok kawan lebih banyak dagingnya.

Segala galanya... lillaahi taala
Selamat Hari Raya Aidiladha
sumber: saba

Thursday, November 19, 2009

Video: Bumble Bee


Ha.. ha.. sempoi, teringin gak aku nak cari costume camni.. buat mengusik budak budak.. ngeeee..

Tuesday, November 17, 2009

Petua: Hilangkan bau badan


Hilangkan Daki dan Bau Badan

Bau badan rakan dimeja sebelah memang merimaskan. Kekadang kita pasti heran gak, tak perasan kah dia tu badan berbau dan mengganggu rakan rakan yang lain.

Jangan heran, kerana selalunya kita tak akan terkesan dengan bau badan kita sendiri, melainkan ada orang yang secara jujur menegur kita tentang keadaan itu. Terlalu sedikit kita boleh berjumpa ngan kawan yang sejujur begitu, melainkan dia mengizinkan mukanya ditampar.

Petua kali ini diceritakan oleh emak Kak Ros, sesuai bagi yang sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal bakal pengantin. Tak semestinya pengantin pun, kita yang belum pengantin dan yang telah lama dipengantinkan pun boleh jugak... ngeee...

Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan.

Jika dizinkan Allah, dalam lebih kurang seminggu saja, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

Monday, November 16, 2009

Video: Gelagat ahli politik Malaysia


Pakat pakat tengok, pakat pakat gelak. Inilah gelagat ahli ahli politik Malaysia.. ngeee..

Sunday, November 15, 2009

SIMPLY GORGEOUS...











These incredible images of waves were taken by the number 1 photographer of surf: Clark Little.

He has dedicated his life to photographing the waves and has published a selection of the best images of his career.
He captures magical moments inside the "tube", as surfers say.

Friday, November 13, 2009

Anak anak kelawar







Comel betoi anak anak kelawar ni.....

Keindahan ciptaan Tuhan membolehkan depa tu melekat kat daun pisang.. tak jatuh dengan mudah..

Tuesday, November 10, 2009

Video: Anjing ngan kucing


Pusing kiri nampak sama, tengok kanan seolah olah serupa.. semua macam serba tak kena.. macam anjing ngan kucing la..

Monday, November 9, 2009

Perkara perkara yang membuatkan kita tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok)

kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

Sunday, November 8, 2009

Resepi: Laksa Johor


Bahan - bahan

800 gm spageti – direbus
600 gm ikan kurau
150 gm serbuk kari daging
1 senduk cili kisar
Sedikit tauge
4 ulas bawang merah
Sedikit lengkuas
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang serai * bawang merah, lengkuas, bawang putih, halia & serai dikisar (A)
Sedikit udang kering – ditumbuk
1 sudu besar pes udang
2 keping asam keeping
1 batang bunga kantan
2 liter santan
Minyak masak & garam
Cili kering
Pes udang * dikisar dibuat sambal

Cara membuat
  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan (A), pes udang dan udang kering.
  2. Masukkan daun kesum dan cili kisar. Masak hingga garing.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari, isi ikan, santan, garam dan asam keeping. Biarkan mereneh atas api yang perlahan hingga kuahnya pekat.
  4. Cara menghidang; masukkan spageti dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya dan bubuhkan sayur - sayuran. Hidangkan dengan sambal.

Friday, November 6, 2009

Video: Skill tuh


Kita layan skill nih.. boleh buat kaki goyang beb...

Tuesday, November 3, 2009

Mengenali kambing

TERAPI KAMBING
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu


Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Monday, November 2, 2009

Macam macam

Lelaki kaki satu disyaki curi kasut

BRUSSELS: Seorang lelaki berkaki satu diberkas polis selepas hanya sebelah kasut hilang dari sebuah kedai di Belgium.

Lelaki yang kakinya dipotong, adalah suspek kecurian itu apabila jurujual mendapati hanya sebelah kasut hilang dari kedai di pekan Maldegem, barat Belgium.

Jurucakap polis, Rik Decraemer berkata, lelaki terbabit digambarkan oleh jurujual dan kasut itu ditemui semula.

Suspek adalah pelarian dari Russia yang bercadang mendapat perlindungan di Belgium. Dia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. - AP

Wednesday, October 28, 2009

Video: Macam tak percaya

Sekadar penghibur hati yang luka tengok Man U dibuli di Anfield 25 haribulan yang lalu.. hu.. hu..

Thursday, October 22, 2009

Bukan diMalaysia











Jangan risau, gambar gambar ni bukan dari Malaysia.. heh.. heh.. maknanya ada lagi la manusia yang lebih bangang dari Malaysia.. nggeee..
Related Posts with Thumbnails