Sahabat adalah perisai diri

Saturday, January 31, 2009

Auto art






sebutir kata:
"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

Video: Looking something?


sebutir kata:
"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

Friday, January 30, 2009

Gambar menarik hari ini






sebutir kata:
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

Video: Children see, children do


sebutir kata:
Ibarat sehelai kain putih maka terpulang pada kita untuk mewarnainya.. children see, children do..

"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan"

Thursday, January 29, 2009

Solat


Rukun Islam yang kedua ialah solat. Atau sembahyang. Ini adalah suatu tugas yang difardhukan kepada semua orang Islam. Pentingnya solat ini sehinggakan perintah mengenainya diambil sendiri oleh Rasulullah s.a.w. langusng dari Allah semasa isra' dan mikraj.

Masa yang diambil untuk solat tidak lama. 5 minit paling maksima. Tetapi ia bersifat berulang ulang 5 kali sehari sepanjang hayat.

Saya seru kepada semua orang Islam sedunia, atau kalau ada muslim di angkasa lepas sana, untuk mengerjakan solat seperti yang diajar oleh Muhammad s.a.w.

Tetapi ibadat solat inilah yang paling banyak ditinggalkan oleh umat Islam. Ada yang meninggalkan 1 solat. Ada yang 2. Ada yang 3. Ada yang 4. Ada yang 5.

Ada yang meninggalkan solat 1 hari. Ada yang 1 minggu. Ada yang 1 bulan. Ada yang 1 tahun. Ada yang bertahun tahun. Ada yang berdekad.

Dalam kebanyakan keluarga di dunia ini, bukan semua, ada sahaja ahli keluarga yang meninggalkan solat. Kalau tidak anaknya, bapanya. Kalau tidak bapanya, emaknya. Datuknya. Neneknya. Cucunya.

Perhatikan keluarga anda. Saya berdoa janganlah ada diantara ahli keluarga kita yang meninggalkan solat. Latihlah mereka dari kecil untuk mengerjakan solat. Peringatkan mereka untuk mengerjakan solat sehingga ke liang lahad.

Saya berdoa semua muslim yang membaca tulisan ini tetap teguh mengerjakan solat.

Kalau ada yang tertinggal, saya berdoa agar Allah mencampakkan hidayahNya, inayahNya, rashadNya serta rahmatNya kepada anda.

Semuga tulisan ini menusuk qalbu kita semua untuk tunduk kepada Allah.

Sumber dengan izin: Professor Dr. Hj. Hamirdin

sebutir kata:
Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia.. termasuklah didikan, asuhan, faedah, dan tujuan. Amat tinggi nilainya terhadap orang yang melaksanakannya.

Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat, kita akan berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan anugerah solat daripada Allah s.w.t, yang merupakan ibadah yang cukup berharga. Dengan itu kita akan mencintai ibadah ini dengan sepenuh rela hati dan bukanlah dengan perasaan berat atau merasakannya sebagai suatu bebanan..

EPL updates 29th Jan 2009


Chelsea memintas Liverpool ditempat kedua carta dibelakang Man U yang terus unggul mendahului dengan 50 mata dan berbaki satu perlawanan. Chelsea dengan 48 mata mengatasi Liverpool hanya dengan kelebihan jaringan.. persaingan sengit lebih dilihat terbuka kepada Man U, Chelsea, Liverpool dan Aston Villa ditempat keempat carta dengan 47 mata.

Arsenal jauh ketinggalan dengan 42 mata ditempat kelima carta.

Keputusan penuh:
Wigan 1 - 1 Liverpool
West Ham 2 - 0 Hull City
Chelsea 2 - 0 Middlesbrough
Everton 1 - 1 Arsenal
Manchester City 2 - 1 Newcastle
Blackburn 2 - 2 Bolton

Kedudukan carta terkini:


sebutir kata:
Salam ceria dari Man U.. heh.. heh.. Adha Pires.. ada apa2 komen ke..?

DS Tajol Rosli letak jawatan


Bertanggungjawab tindakan Adun Bota sertai PKR

PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

sebutir kata:
Beliau sepatutnya letak jawatan lebih awal lagi setelah dipecat sebagai MB Perak dalam pilihanraya umum lalu setelah Perak dikuasai oleh Pakatan Rakyat.. tapi sekurang kurangnya tindakan beliau itu menunjukkan sikap bertanggungjawab bagi memulihkan keyakinan UMNO Perak khasnya..

Ada lagi ke.. pemimpin Umno akan mengambil sikap yang serupa.. tungguuu...sumber BH online

Kejadian yang tak ingin kita lihat


Bayangkan jikalau ketika kejadian dia sedang memotong kenderaan.. badan treler yang memuatkan cecair gas tertanggal menyendeng dibahu jalan.. ish.. ish..


Kecuaian operator boleh menyebabkan kehilangan jiwa seperti disini.. ish.. sadis betul..

sebutir kata:
Kejadian berlaku diselekoh tajam dan hampir diwaktu puncak menyebabkan kesesakan jalanraya yang agak teruk.. berpunca dari kelalaian operator yang tidak memastikan terlebih dahulu semuanya berkeadaan baik sebelum memulakan angkutan..

Kepada pemandu2 lori diluar sana, ingatlah jalanraya dikongsi bersama.. mentang2 lah korang tu besaq.. konar baring camtu pun nak rempit gak ka.. ish.. ish..

Wednesday, January 28, 2009

EPL updates 27th Jan 2009


Man United stormed clear at the top of the Premier League with a 5-0 thrashing of West Brom. Dimitar Berbatov, Carlos Tevez, Nemenja Vidic and Cristiano Ronaldo (2) did the damage to a Baggies side which had no answer following the dismissal of Paul Robinson after the opener.

Full results:
West Brom. 0-5 Man United
Sunderland 1-0 Fulham
Portsmouth 0-1 Aston Villa
Tottenham 3-0 Stoke City

Kedudukan terkini:

January 27, 20092008/2009 English Premiership

Overall Home Away

GPWDLGSGAWDLGSGAWDLGSGAGDP
1 Manchester United 22 15 5 2 39 10 9 1 0 24 4 6 4 2 15 6 29 50
2 Liverpool 22 13 8 1 36 14 6 5 0 17 7 7 3 1 19 7 22 47
3 Aston Villa 23 14 5 4 38 24 5 5 1 18 12 9 0 3 20 12 14 47
4 Chelsea 22 13 6 3 42 13 5 4 2 19 7 8 2 1 23 6 29 45
5 Arsenal 22 12 5 5 37 24 7 2 2 18 11 5 3 3 19 13 13 41

sebutir kata:
MU nie umpama enjin lambat panas, memang camnie ler.. heh.. heh..

Proton MPV latest spyshot





sebutir kata:
Nampak lawa gak.. cuma kualitinya jer yang jadi tandatanya. Ramai juga yang nak dengar komen pengguna awal.. selalunya keta camnie.. penumpang belakang tak dapat aircond.. tunggu.. sumber: http://blog.e-kereta.com/index.php/category/gallery/spy-shots/

Tuesday, January 27, 2009

Majlis pertunangan adik Mohd Fitri - part 1

Pada 25hb Januari 2009 telah melakarkan sejarah tersendiri buat adik Mohd Fitri. Saat menggetarkan penyatuan dua jiwa yang sarat dengan kenangan akan dimasyhurkan. Restu dari kedua pihak akan disimpul menjadi ikatan kukuh kearah mendirikan mahligai impian.

Persiapan serapi mungkin telah membuahkan hasil2 lumayan seperti dibawah ini. Inilah sebahagian dari hantaran pihak Mohd Fitri..


Buah jambu batu.. buat rojak pun sodap..


Nenas separa masak.. heh.. heh.. gulai ngan ikan kering pun sodap..


Buah labu.. tapi tak nampak real terlindung ngan tudung plastik.. aku gerenti yang nie memang lawa.. lebih lawa dari bini aku woo..


Buah apa hah.. apa apa pun boleh..


Buah asam gelugor..?


Soton.. ?


Bunga..


Manggis siap dikopek..


Tiga malam aku tidur luar.. akhirnya hantaran yang berwarna ungu tu semua siap on time.. fuhh...


Hasil gatai tangan anak Mak Chak Siah Kulim..


Baru dipetik dari kebun belakang rumah Mak Cik Normah, Pdg Serai..


Sumbangan Mak Cik Saadiah (isteri Pak Cik Mat) jiran perihatin.. kisah tergempar dan menyayat hati disebalik hantaran ini bakal di kisahkan pada posting Majlis pertunangan adik Mohd Fitri - part 3


Yang nie tak tau sapa punya.. sempena Tahun Baru Cina nie.. biasa la.. limau mandarin impot.. heh.. heh..


Hasil kretiviti Mak Chak Siah Kulim.. pulut kacau sempoi..


Material sumbangan Zaini Kulim dan gatal tangan oleh Mak Chak dan Tok Enson..


Persiapan ala kadar sebagai memeriahkan majlis.. sumbangan dari kami..


Masa mana bini aku belajaq buat nie.. terkagum gak aku..


Sireh junjong hasil kreativiti dan gubahan Ita collections..


Bekas cincin juga sentuhan istimewa Ita collection buat adik dia Mohd Fitri..


Ha.. yang nie jangan lupa pulak.. pendahuluan sebagai tanda jadi..

sebutir kata:
Oh Tuhan.. kuatkan aku..
Agar aku selalu ada di dekatmu..
Agar aku selalu menemani harimu..
Agar aku selalu menyayangimu..
Membuatkanmu bahagia setulus hati..
Seperti janjiku kepadamu..
Takkan pernah aku ingkari..
Hingga akhir hidupku..

Majlis pertunangan adik Mohd Fitri - part 2


Rombongan keluarga Mohd Fitri selamat sampai diperkarangan rumah Tengku Haslina, disambut mesra..


Majlis pembuka kata oleh En Amir Hamzah selaku wakil pihak tuan rumah Engku Johar..


Khusyuk berbincang akhirnya janji termeterai..


Selamat di mashyurkan..


Upacara sarung cincin oleh Tok Enson, mak Mohd Fitri.. mak mentua aku la.. heh.. heh..


Tengku Haslina.. baju hasil gatai tangan Ita collection.. bini aku la.. heh.. heh..


Dok renung apa..?


Sempat berposing.. jaga jangan terlena oi.. hang tu dah 3 hari tidur lambat.. heh.. heh..


Kenangan yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat.. kisah bersama arwah Pak Cik Mat ini akan dilanjutkan dalam posting Majlis pertunangan adik Mohd Fitri -part 3


Jamuan sebaik saja selamat janji dimeterai.. menu hebat2 belaka dengan diketuai ayam rendang tok.. gulai daging rincik.. gulai ikan bawal.. disulam agar2 pandan, bengkang dan tembikai.. istimewa sekali gado2 special dari Teluk Intan.. emmmm...


Sempat bergambar kenangan beramai ramai berserta ngan famili Tengku Haslina..


Tepak sireh sebagai adat..


Buah asam dibungakan.. hasil kreativiti sebelah Tengku Haslina..


Punya lama prepared.. sampai berkulat tahun..










Ganas nampak kek nie..


Sebahagian dari hantaran pihak keluarga Tengku Haslina.. mewakili keluarga Mohd Fitri.. kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas layanan dan keselesaan yang diberi.. segala hantaran kami terima dengan berbesar hati.. semoga majlis ini diberkati Allah hendaknya.. amin..


Mohd Fitri.. tersengih bangga.. selamat ditunangkan.. kesian nak naik keta orang tak bagi.. heh.. heh.. ikut belakang keta, kenapa tak percaya ker..?

sebutir kata:
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan takwa..

"Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya"

"Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya"
Related Posts with Thumbnails