Sahabat adalah perisai diri

Sunday, January 18, 2009

BN terima dan hormati pilihan rakyat: Najib


KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras dengan sistem demokrasi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana "suara rakyat adalah suara keramat". "Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini, malam tadi

sebutir kata:
Banyak sangat yang perlu dilakukan oleh BN bagi memenangi semula hati rakyat.. rakyat tak sebodoh bagai yang disangka maka hentikanlah dan batalkan projek2 membodohkan rakyat yang melambak sekarang nie.. jangan hangpa dok buat tak tau.. kata nak buat pemulihan dan penyucian.. mana dia?

TPM Najib sebagai ketua jentera PRK di K Terengganu sendiri bergelumang dengan banyak persoalan yang tak terjawab sekaligus intergriti diri dilihat rakyat.. pemilihan calon juga faktor penentu selain isu2 relevan tempatan.. penceramah2 berwibawa dan berintergriti juga mainkan peranan.. jangan dah dok jemput Ezam lawak buat ceramah.. cuba belajar untuk mendengar suara rakyat..

Banyak.. banyak sangat..
  1. Hapuskan rasuah secara total.. termasuk rasuah politik.
  2. Suara rakyat suara keramat maka letakkan kepentingan negara dan rakyat di hadapan..
  3. Bebaskan media arus perdana membuat laporan berlandaskan kebenaran.. jangan bohong rakyat.
  4. PPSMI macamana..
  5. ISA akta kejam apa cerita.. bebaskan saja semua tahanan.
  6. AUKU dok macam tu..
  7. Intergriti Polis dan badan kehakiman apa hal..
  8. Pemimpin jangan lah berlagak. Rakyat menyampah.
  9. Berlaku adillah kepada semua rakyat (walau negeri pembangkang).
  10. Janganlah mempersendakan hukum Allah.
  11. Dan lagi.. dan lagi.. dan lagi..
Rakyat telah bersuara di PRU yang lalu, rakyat seterusnya bersuara di PRK Ptg Pauh dan kini rakyat bersuara lagi di PRK K Terengganu.. Insyaallah.. rakyat akan terus bersuara.. kita akan tunjukkan pada DS Najib, SUARA KERAMAT RAKYAT tu macamana.. takbir 3x

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails