Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 29, 2009

DS Tajol Rosli letak jawatan


Bertanggungjawab tindakan Adun Bota sertai PKR

PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

sebutir kata:
Beliau sepatutnya letak jawatan lebih awal lagi setelah dipecat sebagai MB Perak dalam pilihanraya umum lalu setelah Perak dikuasai oleh Pakatan Rakyat.. tapi sekurang kurangnya tindakan beliau itu menunjukkan sikap bertanggungjawab bagi memulihkan keyakinan UMNO Perak khasnya..

Ada lagi ke.. pemimpin Umno akan mengambil sikap yang serupa.. tungguuu...sumber BH online

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails