Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 1, 2009

Kekejaman Ziionis di Gaza: Kematian meningkat 398


Seorang warga emas dihadapan runtuhan bangunan setelah dibedil roket2 regim Zionis..


Inilah kekejaman dan kezaliman pengganas Zionis ke atas manusia yang tidak berdosa di Semenanjung Gaza.


Usaha menyelamat diruntuhan bangunan..


398 kematian dicatatkan setakat ini.. dan beribu ribu lagi cedera..


Keangkuhan regim dikala umat Islam seluruh dunia menyambut Maal Hijrah 1430H..

GAZA: Liga lagi korban terbaru akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, sepanjang malam tadi, dengan jumlah yang maut meningkat 398 orang. Ketua Perkhidmatan Kecemasan Wilayah, Moawiya Hassanei, berkata sejak Israel menyerang Sabtu lalu, jumlah yang terkorban setakat ini membabitkan 180 orang awam dengan lebih 2,000 cedera.

Tiga yang maut dalam serangan malam tadi termasuk seorang wanita membabitkan pengeboman rumah Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas. Bagaiamanpun ketua sayap berkenaan, Abu Anas Chabana tidak berada di dalam rumah ketika serangan itu. - AFP

sebutir kata:
Al-Fatihah buat yang terkorban,
Allahuakbar buat pejuang-pejuang,
Yang tidak jemu menanti,
Kebebasan yang entah bila datangnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails