Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, January 20, 2009

Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara


KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban. Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari. Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

sebutir kata:
Ini adalah kekaburan dalam mentafsirkan maksud "lebai" dalam undang2 jalanraya negara. Lebai dan singh dikecualikan daripada memakai topi keledar. Kekeliruan dalam memahami maksud definisi "lebai" itu maka ia disaman..

Pihak berwajib yakni penggubal undang2 perlu terjemahkan dengan lebih tepat lagi maksud lebai supaya hak umat Islam tidak terabai, umat lebih memahami maksud lebai itu sendiri. A
dakah lebai itu hanya untuk orang2 yang sudah berumur lebih 45 tahun dan pergi haji? yang sudah berkahwin dan sebagainya..

Izinkanlah golongan Islam selesa mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam ertikata faham sefahamnya definasi lebai disisi undang2 negara.. jangan biarkan ini sebagai kudis yang akan menanah parah, negara Islam pakai serban pun kena saman.. apapun pendirian pelajar ini patut dibanggakan, berani kerana benar..

8 comments:

  1. Nabi kadang-kadang dia pakai serban dan kadang-kadang dia tidak pakai.

    Masa dia pakai tu dikira sunah tetapi masa dia tidak pakai pun tentu sunah juga kan.

    Untuk pakai topi kaleder kita pakailah hujah, sunah masa dia tidak pakai serban.

    Boleh tak Din?

    ReplyDelete
  2. Sunah ditegakkan dengan berbagai cara.. saya tak berserban tapi berkopiah.. dan bermotor dengan topi keledar lah.. heh.. heh..

    Cumanya kita ringankanlah golongan Islam yang mahu mengamalkan sunnah Rasulullah saw sebagaimana kebebasan diberi bagi golongan singh. Alasan memebendung elak dijadikan trend bukanlah satu alasan kukuh, bagaimana dengan golongan singh pulak, tak dengar bendung2 pun: ( http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2009/01/saman-pelajar-berserban-agar-elak-jadi.html )

    ReplyDelete
  3. Excuse for that I interfere … I understand this question. It is possible to discuss.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,saya cukup2 brbangga dgn skap adik ni!ape pn dia sgt brani,x mcm mat rmpit tu..tnjuk brani ajer...x heran laa..ce wat cam ni,baru nmpak macho!smoga allah mbrkati adik,insyaallah!amin..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,saya cukup2 brbangga dgn skap adik ni!ape pn dia sgt brani,x mcm mat rmpit tu..tnjuk brani ajer...x heran laa..ce wat cam ni,baru nmpak macho!smoga allah mbrkati adik,insyaallah!amin..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,saya cukup2 brbangga dgn skap adik ni!ape pn dia sgt brani,x mcm mat rmpit tu..tnjuk brani ajer...x heran laa..ce wat cam ni,baru nmpak macho!smoga allah mbrkati adik,insyaallah!amin..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,saya cukup2 brbangga dgn skap adik ni!ape pn dia sgt brani,x mcm mat rmpit tu..tnjuk brani ajer...x heran laa..ce wat cam ni,baru nmpak macho!smoga allah mbrkati adik,insyaallah!amin..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,saya cukup2 brbangga dgn skap adik ni!ape pn dia sgt brani,x mcm mat rmpit tu..tnjuk brani ajer...x heran laa..ce wat cam ni,baru nmpak macho!smoga allah mbrkati adik,insyaallah!amin..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails