Sahabat adalah perisai diri

Monday, January 26, 2009

Lagi wakil BN bakal melompat ke PR


Photo dan sumber berita dari wrlr

MB Perak dakwa lagi ADUN BN mahu keluar parti
26/01/2009 7:13pm

IPOH 26 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat. “Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini hari ini.

Sementara itu DS Najib buat lawak kata dia terkejut..

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau agak terkejut dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Beliau berkata, adalah tidak wajar Nasaruddin bertindak sedemikian kerana masalah peribadi dan tidak berpuas hati terhadap parti.

Selepas 24 jam pengumuman Datuk Nasa, DS Najib sahkan lompatan seterusnya adalah khabar angin..

KUALA LUMPUR 26 Jan: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Pakatan Rakyat. Beliau menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.

"Semua itu khabar angin sahaja...saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah)," katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA, di sini, hari ini yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti komponen BN, para diplomat asing serta pelancong asing.

sebutir kata:
Semua tau diMalaysia boleh land.. khabar angin tu lah yang selalunya betoi.. heh.. heh.. tunggu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails