Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, January 27, 2009

Majlis pertunangan adik Mohd Fitri - part 1

Pada 25hb Januari 2009 telah melakarkan sejarah tersendiri buat adik Mohd Fitri. Saat menggetarkan penyatuan dua jiwa yang sarat dengan kenangan akan dimasyhurkan. Restu dari kedua pihak akan disimpul menjadi ikatan kukuh kearah mendirikan mahligai impian.

Persiapan serapi mungkin telah membuahkan hasil2 lumayan seperti dibawah ini. Inilah sebahagian dari hantaran pihak Mohd Fitri..


Buah jambu batu.. buat rojak pun sodap..


Nenas separa masak.. heh.. heh.. gulai ngan ikan kering pun sodap..


Buah labu.. tapi tak nampak real terlindung ngan tudung plastik.. aku gerenti yang nie memang lawa.. lebih lawa dari bini aku woo..


Buah apa hah.. apa apa pun boleh..


Buah asam gelugor..?


Soton.. ?


Bunga..


Manggis siap dikopek..


Tiga malam aku tidur luar.. akhirnya hantaran yang berwarna ungu tu semua siap on time.. fuhh...


Hasil gatai tangan anak Mak Chak Siah Kulim..


Baru dipetik dari kebun belakang rumah Mak Cik Normah, Pdg Serai..


Sumbangan Mak Cik Saadiah (isteri Pak Cik Mat) jiran perihatin.. kisah tergempar dan menyayat hati disebalik hantaran ini bakal di kisahkan pada posting Majlis pertunangan adik Mohd Fitri - part 3


Yang nie tak tau sapa punya.. sempena Tahun Baru Cina nie.. biasa la.. limau mandarin impot.. heh.. heh..


Hasil kretiviti Mak Chak Siah Kulim.. pulut kacau sempoi..


Material sumbangan Zaini Kulim dan gatal tangan oleh Mak Chak dan Tok Enson..


Persiapan ala kadar sebagai memeriahkan majlis.. sumbangan dari kami..


Masa mana bini aku belajaq buat nie.. terkagum gak aku..


Sireh junjong hasil kreativiti dan gubahan Ita collections..


Bekas cincin juga sentuhan istimewa Ita collection buat adik dia Mohd Fitri..


Ha.. yang nie jangan lupa pulak.. pendahuluan sebagai tanda jadi..

sebutir kata:
Oh Tuhan.. kuatkan aku..
Agar aku selalu ada di dekatmu..
Agar aku selalu menemani harimu..
Agar aku selalu menyayangimu..
Membuatkanmu bahagia setulus hati..
Seperti janjiku kepadamu..
Takkan pernah aku ingkari..
Hingga akhir hidupku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails